Den dan movies yang bercirikan futuristic adalah memang tidak ngam daripada dulu, kini dan selamanya tak pasti kenapa. Memang den tak minat langsung movie genre macam nih.

Den menggagahkan diri untuk tengok movie ni sebab nak tengok Ryan Gosling berlakon sebab den jarang sangat tengok mamat yang pernah ditawarkan watak Batman tapi menolaknya ni berlakon.

Ryan Gosling merupakan peneraju utama watak di dalam movie ni sebagai Blade Runner iaitu K. Ada kejadian berlaku yang menyebabkan K menyiasat tentang kemungkinan kewujudan seorang anak daripada replicant yang ditemui dengan kesan pembedahan caesarean.

Macam-macam la yang berlaku semasa K cuba menyiasat perkara ni sampai la dia berjumpa dengan Rick Deckard (Harrison Ford) yang merupakan bapa kepada anak yang dicari oleh K.

K akhirnya mati akibat cedera semasa bertempur dengan penjahat selepas dia berjaya menemukan Rick Deckard bersama anaknya itu.

Camtuh je la synopsis versi den nih ha.

Tiada scene shirtless Ryan Gosling.

Harrison Ford nampak tak larat lagi-lagi bila ada scenes yang melibatkan melarikan diri daripada penjahat. Dah 75 tahun mamat nih. Kacak sungguh dia masa era Stars Wars yang dulu-dulu tuh. Bila dah jadi warga emas, masih kacak juga versi orang tua tapi kudrat tuh nampak sangat dah berkurangan.

Walaupun IMDb bagi markah untuk movie ni 8.2/10, masih la den tak boleh masuk dengan cerita nih.

#setiap kali tengok web IMDb nih teringat 1MDB Malaysia yang havoc itu.

0 Comments