Lepas je habis program taklimat Wynkids di Cititel MidValley tuh, kitaorang terus ke Galeri Jualan Radia Bukit Jelutong untuk tengok apa program yang sempat ditengok sempena Lantern Festival yang programnya den ternampak kat FB.

Den sebenarnya nak tengok lion dance tapi takde rezeki sebab pertunjukan lion dance pada 1130 pagi.

By the time kitaorang sampai kat Galeri Jualan Radia tuh, ada pertunjukan wushu.
Excited kot dapat tengok pertunjukan wushu secara real life hehehehehe. Terpesona semua menengok wushu yang mengunakan pedang dan kayu yang macam selalu dilihat di dalam kungfu movies. Peserta wushu terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Yang paling muda kalau tak silap dalam 5 tahun. Cantik je pergerakan diaorang semua. Walaupun nampak lembut tetapi macam mantap juga tumbukan dan tendangan diaorang tuh.
Peserta wushu tunggu giliran untuk menunjukkan bakat

Lepas habis tengok pertunjukan wushu, kitaorang masuk tengok unit-unit rumah contoh yang disediakan. 

Selain daripada window shopping di kedai buku, den memang suka tengok rumah contoh kalau berkesempatan sebab den suka tengok rumah yang dihias cantik-cantik.

Mula-mula kitaorang daftar dulu di kaunter pendaftaran dan dibagi satu woven bag yang mengandungi brochures tentang apartments + rumah kedai yang sedia untuk dijual bagi kawasan perumahan Radia nih. Lepas tuh ada seorang staff akan brief kita tentang unit yang kita mungkin berminat.

Masa tengok model pembangunan Radia ni, anak-anak den pun sakan menyibuk juga. Dalam masa orang tuh dok bagi penerangan, sakan la diaorang letak dragon kepala dua dan kereta mainan diaorang di atas jalan raya bagi rumah contoh tuh. Diaorang happy je la dapat berjalan-jalan tengok rumah sebab diaorang gula-gula free, dapat tengok patung, etc.
Beriya dua-dua orang tengok model rumah
Dragon F di atas rumah contoh
Pokok duit

Lepas tuh, kitaorang berkesempatan melawat 3 unit rumah contoh yang ada iaitu keluasan 600++, 800++ dan 1200++ kaki persegi. Rumah contoh memang la cantik-cantik kan sebab hiasan dalamannya memang meletops. Tak sempat nak ambil gambar apa pun sebab dok kalut mempedo budak-budak nih supaya diaorang tak terpecahkan apa-apa dalam rumah contoh tuh.

Pembangunan Radia ni sebenarnya dah siap dengan Sijil Layak Menduduki (CF). Bangunannya terletak betul-betul berhadapan dengan Sales Gallery. Salesman tuh ajak juga tengok unit yang dah siap tapi malas nak pergi sebab tiada intention untuk beli pun.
the actual units
Apartments kat sini ada 8 jenis kalau tak silap bermula dengan keluasan 600 ++ kaki persegi bagi unit studio sehinggalah 2100 ++ kaki persegi untuk unit duplex penthouse.

Harga setiap unit apartment walaupun yang paling kecil iaitu studio unit pun dah buat mata den terkebil-kebil sebab dengan bumi price pun harganya adalah RM 370K. Apartment yang 1200++ kaki persegi dalam RM800K ++. Penthouse berharga RM 1.2 juta selepas bumi discount dan apa discount lagi entah (jumlah discount 17%).

Ada disediakan jamuan untuk setiap orang yang datang ke galeri tuh. Buffet spread yang not bad, ada ketiaw goreng, pau, etc tapi kitaorang tak makan sebab dah kenyang lunch sebelum datang sini.
Sempat tengok tarian apa tatau sebelum balik
Off we go home
On the way balik dari sini, den dan buong dok memikirkan no wonder pemimpin dok cakap orang Malaysia tak susah dan ekonomi meningkat, etc sebab ada block yang dah almost sold out kot. Kalau sampling keadaan ekonomi dibuat dekat sales gallery berprestij macam ni + shopping complex yang gegak gempita macam KLCC, Pavilion, Bangsar Village, etc, memang la kesimpulannya masih ramai yang kaya. Cuba buat soal selidik secara menyeluruh. Pergi ke kedai di kampung, pasar, di flat PPRT, etc. Then baru buat kesimpulan secara holistic gittew.

Untuk den dan buong, kalau kitaorang jual buah pinggang kitaorang kepada sindiket pemerdagangan organ manusia pun belum tentu kitaorang mampu beli apartment yang ada. Untuk kitaorang berdua yang dah nak masuk 40 tahun Mac nih, orang tak ingin pun nak pandang kalau nak jadi strippers pun kan sebab dah berkedut di sana sini, belum kira perut boroi, parut Caesarean, parut accident bagai, makanya layak jual organ je la kan. 

Buong cakap lain kali tak payah la pergi tengok apa-apa rumah contoh dah kat mana-mana galeri jualan sebab harga tak mampu milik pun. Den rasa okay je kot tengok rumah contoh sebab sebagai terapi minda gittew tengok rumah cantik-cantik.

Den suka je datang ke galeri jualan nih sebab dapat tengok pertunjukan wushu dan rumah contoh. Kiddos pun happy sebab dapat berjalan. Yang penting kitaorang habiskan masa bersama-sama gittew.

0 Comments