In sya Allah post ini adalah bahagian kedua dan terakhir tentang pendapat den ke atas laporan Kanak-Kanak Pinggiran : Kaji Selidik Mengenai Kemiskinan Dan Penafian Hak Kanak-Kanak Bandar Di Rumah Pangsa Di Kuala Lumpur dan Children Without : A Study Of Urban Child Poverty In Low Cost Flats In Kuala Lumpur yang mana laporannya boleh dibaca di Laporan

Berdasarkan kajian soal selidik ke atas 966 isi rumah dan 2,142 orang kanak-kanak di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya ini, laporan merumuskan mereka dipinggirkan daripada kemudahan asas iaitu pendidikan, zat makanan, hak asasi sivil dan yang paling penting adalah kekurangan peluang. 

Peratusan kanak-kanak yang terbantut di bawah usia 5 tahun di dalam laporan ini adalah lebih teruk daripada negara Ghana walaupun KDNK per kapita Malaysia adalah 6 kali ganda lebih tinggi. Apakah maksud dan reality fakta ini?

4 daripada 10 isi rumah tiada alat permainan untuk anak-anak berumur kurang 5 tahun. Membaca fakta ini membuatkan den teringat kepada perjuangan Dr Putri Afzan Maria, seorang Pengamal Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang merupakan pengasas kepada KinderKaizen dan SriAria School yang sering membincangkan tentang kepentingan bermain kepada tumbesaran atau perkembangan minda, emosi, etc kanak-kanak. Boleh baca pelbagai ulasan, pandangan dan cadangan beliau tentang pelbagai aspek tentang pendidikan awal kanak-kanak di FB beliau. 

31% isi rumah tiada buku untuk kanak-kanak berumur kurang 18 tahun. Macam mana kan nak menyemai budaya membaca dan mewujudkan generasi yang suka membaca buku?

Dua fakta di atas terjadi kepada kawasan responden kerana mereka tiada ruang untuk menyimpan permainan dan buku-buku dan mainan yang disumbangkan oleh pelbagai NGO, etc.

Ada pelbagai fakta lagi di dalam laporan ini yang den rasakan perlu dibaca oleh semua orang bagi mendapatkan gambaran sebenar reality hidup.

Laporan ini akhirnya memberikan cadangan dasar bagi menyediakan Jaminan Perlindungan Sosial terutamanya meningkatkan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapatkan perkhidmatan atau keperluan asas seperti pemakanan, pendidikan, kesihatan dan keselamatan. 

Cadangan dasar tersebut adalah:

1. Elaun penjagaan kanak-kanak daripada dalam kandungan sehingga 5 tahun;

2. Pemakanan dan cuti bersalin;

3. Cukai ke atas minuman bergula sebagai salah satu kaedah mengurangkan pengambilan minuman bergula oleh kanak-kanak;

4. Ruang sosial yang selamat untuk kanak-kanak berusia (5 - 17 tahun); dan

5. Semak semula angka kemiskinan.
Bagi pendapat den, semua cadangan dasar ini memerlukan pertimbangan serious daripada pemimpin dan pembuat polisi dan dasar Malaysia. Jabatan yang bertanggungjawab akan terus melaksanakan perkara ini sekiranya ianya diputuskan oleh pihak atasan.

Den ada bersembang dengan seorang OKU yang cacat kaki dan belajar sehingga SRP tentang laporan ini (beliau bukan merupakan responden dalam kajian soal selidik ini k). Beliau yang den kenali bekerja daripada umur 15 tahun sehingga sekarang, sangat berjimat cermat supaya dapat survive hidup di bandaraya, tidak memohon bantuan zakat, JKM dan BR1M, etc. Beliau tanya dekat den, berapa ramai responden dalam kajian ini terutamanya ibu bapa atau penjaga atau orang dewasa yang:

1. Orang Kelainan Upaya (OKU);

2. Sakit kronik yang menyebabkan tidak boleh belajar dan bekerja;

3. Sihat walafiat tetapi tidak bekerja kerana pelbagai sebab (memilih kerja, malas bekerja, etc); dan

4. Tahu tentang bantuan JKM, Zakat, BR1M, etc tetapi tidak berusaha mendapatkan bantuan tersebut. Mengharapkan bantuan sampai ke depan pintu, etc.

Menurut beliau fakta ini semua penting kerana beliau berpendapat Kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan, peluang dan kemudahan kepada rakyat Malaysia tetapi di dalam sesetengah kes, attitude yang menjadi penghalang terbesar untuk melakukan perubahan kepada kehidupan yang lebih baik. Beliau persoalkan kenapa kehidupan warga asing lebih bagus daripada kehidupan warganegara Malaysia sendiri.

Bagi pendapat beliau, sekiranya seseorang tersebut sakit kronik atau OKU, beliau boleh terima alasan hidup miskin tetapi jika sihat walafiat dan tidak berusaha untuk merebut peluang yang ada, itu adalah masalah attitude @ sikap individu itu sendiri yang akhirnya menyebabkan anak-anak mereka juga terkesan, terpinggir daripada kemudahan asas yang sedia ada.

Something to ponder on I guess.

Den berpendapat kajian Kanak-Kanak Terpinggir yang sewajarnya fully funded by the government dilaksanakan secara tahunan sebagai salah satu KPI bagi jabatan yang sesuai (Jabatan Perangkaan? JKM? EPU?) bagi setiap daerah di setiap negeri di Malaysia supaya kita mendapatkan maklumat yang tepat yang seterusnya boleh digunakan di dalam rombakan polisi dan dasar termasuk menyediakan garis aras kemiskinan bagi Malaysia.

Membaca laporan ini menyebabkan den teringat kepada teguran ulama ke mufti ye (den pun dah lupa) ke atas surau dan masjid yang menyimpan dana sumbangan orang ramai sehingga mencecah RM 7 juta tetapi penduduk di dalam kariah tersebut hidup dalam kemiskinan. Mungkin Jabatan Agama Islam boleh membuat Kajian Kutipan Dana Surau Masjid vs Kemiskinan di dalam Kariah tersebut. 

#matilanak den kena kecam nih karang.

JKM mungkin ada membuat Kajian Sumbang Mahram vs Kemiskinan Keluarga yang mana den tak pernah tau dan nak ambil tahu.

Den rasa JKM juga boleh membuat kajian berapa ramai orang yang sihat walafiat tetapi tidak bekerja kerana malas, etc yang akhirnya membebankan orang tua.

All these studies are very important because its affect our children’ wellbeing and future.

Katanya the future is in our children hands.

So kenalah kita sediakan dunia yang lebih baik kepada anak-anak kita agar mereka dapat memimpin dengan lebih telus, cemerlang, etc.

Ada satu ayat di dalam laporan Kanak-Kanak Terpinggir yang sangat menyentuh hati den iaitu “kemiskinan tidak boleh dimaafkan terutamanya terhadap kanak-kanak”. 

So apa sumbangan kita?

0 Comments