Buku setebal 619 mukasurat ini menceritakan tentang 3 generasi satu keluarga Brahmin yang penuh dengan adat istiadat yang menjalani kehidupan di India.

Den mengambil masa lebih dua minggu untuk menghabiskan buku dengan tema kekeluargaan yang mempunyai konflik tersendiri apabila generasi orang tua masih memegang kepada tradisi dan adat lama sedangkan generasi muda mula lebih terbuka kepada arus kemodenan.


Kisah bermula dengan urusan perkahwinan Sivakami dan Hanumarathnam pada 1896. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Thangam dan seorang anak lelaki bernama Vairum. Cerita diteruskan oleh cucu Sivakami iaitu Janaki dan adik beradiknya. Cerita diakhiri dengan nota ringkas oleh cicit Sivakami.

Buku ini menceritakan secara terperinci adat istiada orang India kasta Brahmin. Antaranya:

1. kepercayaan yang sangat tinggi kepada penentuan jodoh berdasarkan kesesuaian tarikh lahir;

2. kelahiran anak lelaki atau anak perempuan boleh memberi impak kepada umur ibu bapa (memanjangkan atau memendekkan umur);

3. pemberian dowry oleh keluarga pengantin perempuan kepada keluarga pengantin lelaki;

4. mereka daripada kasta Brahmin tidak digalakkan bergaul dengan kasta yang rendah daripada mereka;

#even sampai sekarang perkara ini masih terpakai kat beberapa kawasan di India. Sekali sekala kita masih terdengar tragedy pasangan kekasih dibunuh oleh kaum keluarga kerana perbezaan kasta.

5. kaum wanita yang kematian suami (balu) tidak boleh berkahwin semula dan perlu dicukur kepalanya sehingga botak seumur hidupnya, tidak boleh beramah mesra dengan anak atau cucu pada siang hari;

6. first time den tau pasal Manjakkani iaitu harta pusaka yang diwariskan daripada emak kepada anak perempuan untuk kesinambungan hidup. Biasanya ramai perempuan tidak menerima Manjakkani di mana selalunya adik beradik lelakinya akan bagitau yang dia tidak layak menerima harta pusaka;

7. setiap kali kaum wanita datang haid, mereka akan diasingkan seorang diri di dalam satu bilik; dan

8. adalah menjadi adat anak lelaki dan menantu perempuan akan tinggal dan memelihara ibu bapa tersebut.

Ada banyak lagi adat resam yang diterangkan secara detail di dalam buku nih.



Cumanya ending buku nih macam abrupt sangat. 

Selepas Sivakami kena angin ahmar sebab terkejut apabila Vairum pecahkan rahsia bahawa Bharatti (classmate Janaki iaitu cucu Sivakami) merupakan anak luar nikah kepada Goli (menantu Sivakami dan abang ipar Vairum), ceritanya diringkaskan dengan seringkas-ringkasnya. 

Terasa macam eh macam nih je ke endingnya camtuh la perasaannya. Ada sedikit terkilan sebab dah sakan membaca sampai 635 muka surat, alih-alih ceritanya habis camtuh je.

Kecik hati.

Quite a heavy book.

A worth read.

3.5 stars.

0 Comments