Novel PULANG oleh Lily Haslina Nasir

23:17
Novel PULANG ini menceritakan sebuah kisah epic merentas 3 generasi, dari tahun sekitar 1940an sehingga ke masa kini. Novel ini mengisahkan tentang seorang kelasi bernama Othman yang berasal dari Serkam, Melaka yang menempuh pelbagai rintangan dan dugaan ketika belayar ke segenap pelusuk dunia untuk memenuhi janjinya mencari harta dan kekayaan buat isterinya, Che Thom dan anak lelaki tunggalnya, Omar. Sepanjang pemergian suami tercinta, Che Thom setia menanti kepulangan suaminya siang dan malam selama 61 tahun.

Itu sinopsis yang tercatat pada novel Pulang yang diinspirasikan daripada kisah hidup sebenar Datuk Ahmad Izham Omar (Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios) dan Omar Othman karya Lily Haslina Nasir yang merupakan seorang novelis terkenal.

Den rasa novel PULANG ini memang unik sebab biasanya movie yang diadaptasi dari novel tapi novel PULANG ini diadaptasi daripada movie. First time la dalam hidup den jumpa novel yang diadaptasi daripada movie. 

Lagi satu keunikan novel ini adalah setiap bab akan dimulakan dengan pantun yang disusun dengan begitu indah dan klasik. It’s a wow factor for this book.

Novel yang menceritakan tentang epic love story. Memang bukan novel Melayu yang cliché. Novel yang menceritakan tentang survival nelayan dan kelasi kapal pada tahun pada era 40-an sehingga 60-an, survival keluarga yang ditinggalkan, survival semasa zaman penjajahan Jepun, etc.

Novel Pulang ini pada den temanya adalah tentang kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Cinta dan kesetiaan di antara suami dan isteri. Kasih di antara anak dan ayah. Kasih di antara anak dan emak. Kasih di antara cucu dan nenek. Kasih di antara sahabat. Kasih di antara jiran.  

Kisah tentang janji seorang suami kepada isteri, janji seorang ayah kepada anak, janji seorang cucu kepada nenek, etc.

Bak kata buong, cinta orang dulu-dulu ni luhur dan ikhlas, sanggup bersusah senang bersama, janji dan kesetiaan dipegang sehingga mati, etc.

Membaca novel ini sebenarnya mengingatkan den kepada hakikat kasih sayang keluarga termasuk dapat hidup bersama keluarga sebenarnya yang terlebih utama di dalam hidup berbanding dengan mencari kekayaan yang menyebabkan kita terpaksa berpisah dengan keluarga. Seperti kata Huo dan Song di dalam Monster Hunt 2 lepas mereka dipertemukan semula dengan Wuba ‘patutlah ibu monster dan anak monster gembira walaupun mereka berada di dalam penjara kerana sebenarnya tidak kisah di mana pun kita berada, yang paling penting kita dapat bersama sebagai satu keluarga’ camtuh la.

Ada sesetengah perkara di dalam hidup kita patut let go dan ada beberapa perkara di dalam hidup yang kita perlukan closure. Bagi den surat daripada Othman kepada Che Tom sebenarnya adalah closure kepada kisah cinta mereka. 

Den baca novel ini dalam masa satu hari. Jalan ceritanya mengasyikkan dan meruntun jiwa menyebabkan den tak tergamak nak letakkan novel ni bila dah mula baca. 

Disebabkan den dah lama gila tak baca novel Melayu makanya den sangat gembira dapat baca novel yang bukan melibatkan tema ‘kahwin paksa antara orang kaya dan orang miskin, mula-mula benci lama-lama cinta nak mati, anak tan sri balik dari oversea dan mengambil alih perniagaan ayahnya tetapi sibuk bercinta lebih daripada membuat kerjanya, emak ada calon menantu pilihan sendiri yang walaupun perangai macam hauk tetapi tetap disayangi, heroin yang lemah longlai’, etc. 

Novel Pulang ini mengingatkan den kepada novel The Marble Collector oleh Cecilia Ahern (antara novel terbaik beliau pada pendapat den) dan Live of Pi oleh Yan Martel (terutamanya apabila cerita tentang keadaan kucar kacir apabila kapal dilambung ombak besar, etc).

Puan Lily Haslina Nasir semasa Majlis Pelancaran Novel PULANG yang berlangsung pada 27 April lepas memaklumkan beliau mengambil masa lebih kurang sebulan untuk menyiapkan novel ini selepas membuat kajian tentang jeti di Serkam, kampung di Serkam, etc, menemuramah Tuan Omar bin Othman, etc. Serious memang sangat cemerlang la Puan Lily Haslina Nasir sebab berjaya siapkan novel dalam masa sebulan siap dengan kajian bagai. Den nih ha, nak cerita pasal pengalaman diri sendiri berjimbaan ke mana-mana pun kadang-kadang mengambil masa berbulan-bulan. Molek benar la den jadi penulis blog je sebab tiada ciri-ciri spesies novelis pun den nih ha. Jangan kata novelis sebenarnya, ciri-ciri penulis cerpen pun tiada huhuhuhuhuhu.

A great read. Bitter sweet ending. 4 stars from me.

#Terdapat 8,000 naskah edisi terhad Novel PULANG ini yang menampilkan Remy Ishak sebagai penghias kulit novel. So dipersilakan untuk mendapatkan novel ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL 2018).

#Bila dah baca novel yang best macam ni, langsung la hati terkinja-kinja nak tengok Pulang the movie yang akan ditayangkan selepas Aidilfitri. Haish.

4 comments:

  1. dah baca tapi x paham last part yang mengatakan ada kenduri pertunangan diantara che thom dgn cikgu hasan, akhirnya mereka kawin atau tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry baru perasan komennya. Mereka tak jadi kahwin. Che Thom kekal menunggu kepulangan suaminya

      Delete
  2. Baru siap nnton filmnya di tv3 malaysia, terharu akutu. Diending bru tau kenapa abah tk nak balik kampung

    ReplyDelete
  3. Pertama kali menonton di tv3 pada malam tadi..sedih bila dapat tahu kenapa othman tidak pulang ke kampung..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.