Masa den menginap di Padi Box Sekinchan pada hujung Oktober 2017 yang lepas, den ada rasa nak menginap di Farm Ville Café and Homestay sebab nampak lagi happening.

Tak merancang pun untuk bercuti ke sini sebenarnya tapi disebabkan sepatutnya ada mesyuarat di daerah Sabak Bernam pada Jumaat (13 April 2018), den saja je la booking Farm Ville Café and Homestay, Sekinchan supaya tidak terkejar-kejar nak bergerak dari Shah Alam pagi-pagi buta pada tarikh mesyuarat di samping hendak membeli jiwa kiddos sebelum meninggalkan diaorang selama 4 hari 3 malam untuk ke Hanoi (ala-ala killing 2 birds with one stone gittew).

Alih-alih mesyuarat ditunda pula tapi disebabkan den dah bayar booking untuk Farm Ville Café and Homestay ni, den ambil je la cuti untuk spent time with kiddos.

Lokasinya of course terletak di kawasan sawah padi Sekinchan.

Masa check in agak terkejut bila dimaklumkan bahawa setiap bilik @ kontena memang tidak disediakan televisyen. So kalau nak tengok televisyen, boleh datang tengok di ruang guna sama gitu. Langsung la den terkejut kan sebab rasanya sepanjang hidup den, even hotel bajet yang terpleot pun tetap akan ada televisyen walaupun televisyen lama yang kotak tuh. Tapi tak pasti la kalau memang konsep tiada televisyen ini adalah salah satu pendekatan supaya sesiapa yang bercuti di sini menghayati keindahan sawah padi dan berbonding sesame sendiri ke ape. Tidak la juga den pasti samada bilik yang lebih mahal ada televisyen ke tidak ye.

#So untuk sesiapa yang nak menginap di sini, mohon tanya dulu ye bilik yang dibooking tuh ada televisyen ke tak ye.

Disebabkan semua kontena di tingkat atas bagi bilik @ kontena 2 katil single telah penuh, makanya kitaorang menginap di kontena pada ground floor.

The first thing yang kitaorang perasan masa masuk ke bilik @ kontena ni adalah ianya dindingnya tidak disalut @ dicoated sepertimana bilik @ kontena seperti di Padi Box Sekinchan. Bila tidak disalut ni, bahang di dalam bilik adalah lebih tinggi. Cepat terasa panas. Di siang hari walaupun kita dah pasang aircond, kita masih boleh rasa bahang tuh. Kalau cuaca panas berdenting-denting, memang lagi berbahang gittew.

Bilik sedikit kecil tapi still selesa untuk family of four seperti kitaorang.
Budak-budak nih kan tak menyempat tau nak menjadi dinosaur dan superhero dalam bilik ni. Jadi den ambil je la gambar bilik yang mana tersempat. Memang la depa photobomb.
Tempat melepak depan kontena kitaorang.

Di dalam bilik, tiada disediakan air minuman atau mineral water tetapi ada disediakan hair dryer dan ubat nyamuk. Air panas dan air minuman disediakan di kontena yang hujung sekali berdekatan dengan swimming pool.

Bilik air agak besar. Shower yang okay. Shower cream dan shampoo yang banyak. Sakan la budak-budak ni berparti buih kat dalam tuh.

Cumanya bila kita flush toilet, sekali sekala akan ada bau yang kurang menyenangkan (bau kumbahan atau sewage).

Persekitaran kawasan di sini memang bersih dan selesa cumanya bila kita berehat-rehat di dalam bilik @ kontena atau apabila kita berehat di sekitar kawasan ini samada di swimming pool, kerusi rehat, etc, sekali sekala memang akan ada bau kumbahan. Den tidak pasti samada mungkin semasa kitaorang menginap tuh sistem kumbahan memang ada sedikit masalah atau masalah bau ini adalah perkara yang berterusan di sini. Hopefully ianya hanyalah masalah sementara je la sebab sayang tempat cantik tapi sekali sekala ada bau yang tidak best.

Yang paling happening di sini of course la swimming pool dan trampoline dia. 

Budak-budak memang enjoy gila mandi dan bergelinjangan di pool ini. Ada sebuah slide pun dah buat diaorang happy gila mandi di pool ni. Disebabkan kitaorang menginap di sini pada hari bekerja, makanya kitaorang je la yang bermandi manda di pool ni. Den pun joint sekali kiddos mandi pool.

Swimming pool ini merupakan star attraction la di Farm Ville Café and Homestay ni terutamanya bagi family yang ada anak-anak yang memang suka mandi pool macam anak-anak den tuh.
Kontena sebelah pool
Boleh ambil air sejuk atau air panas di sini

Budak-budak pun happy juga bila dapat berlompat-lompat di atas trampoline tuh. View dari tempat trampoline yang terletak di tingkat atas ni memang cantik k. Pemandangan menghijau sawah padi memang tidak pernah menjemukan mata memandang.
Si A takut bila abang dia lompat tinggi heheheehehe

Ada disediakan perkhidmatan sewaan basikal dan club car di sini yang boleh kita sewa untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan sawah padi di sini. Pada mulanya den tak perasan pun club car tuh boleh disewa, dah nak balik baru perasan club car tuh boleh disewa. Kalau tak sure best bawa kiddos tengok sawah padi naik club car tuh kan? Next time bila ada rezeki ke sini lagi, in sya Allah kita sewa club car ni untuk ronda-ronda.

Kalau nak buat gathering di sini pun macam best juga sebab ada ruang besar untuk makan-makan, etc.

Disebabkan dah tiada televisyen di dalam bilik dan wifi percuma yang disediakan ala-ala hidup segan mati tak mahu (tak pasti la kalau selama nih wifi nya cemerlang je tapi masa hari kitaorang menginap wifi tuh ada masalah sikit), makanya den dan buong tengok la videos apa yang terada di dalam laptop (terlupa la pula nak bawa hard disk yang ada pelbagai movies tuh) sementara kiddos main robot, dinosaurs dan ultraman diaorang sebelum semua orang tidur.

Best je la kitaorang menginap di sini. 

However, ini adalah kesimpulan yang den dapat buat tentang Farm Ville Café and Homestay ini.

Pros : Swimming pool dan trampoline (ini memang the star points di sini). Persekitaran kemas. Kawasan luas. 

Cons : Bau sistem kumbahan yang kadang kala menyinggah ke hidung kita. Tiada televisyen di bilik. Wifi dia tak kuat langsung.

3.5 star from me. Hilang 0.5 star sebab ada bau kumbahan huhuhuhuhu.

However, kepada sesiapa yang berhajat nak menginap di sini, bolehlah dapatkan info di:

Nombor telefon : 017 - 2068666

0 Comments