Wah….sekejapan je Mei ye. So how was your April? Mine was awesome.

Ramai orang yang berjaya cakap kena buat ‘what to do list’ setiap hari supaya lebih organize, kita boleh focus, etc.

Untuk den yang caca merba ni, dapat senaraikan apa yang dirancang sekupang dua perkara untuk bulan tersebut pun dah cukup baik hehehehehhee.

So bulan Mei ini, antara checklist dan wishlist yang den harap dapat dilaksanakan dengan cemerlang pada bulan Mei ini adalah:

1. menyambut Ramadhan. Walaupun hanya sempat ganti puasa sebanyak 26 hari dan ada 14 hari lagi perlu diganti, den redho je la. Nak diapakan lagi ye tak, bayar je la fidyah dan berazam untuk habiskan ganti puasa sebelum Ramadhan next year, in sya Allah;

2. dah masuk Ramadhan, of course la kita nak melipat gandakan amalan kita. Looking forward to khatam Quran kalau perangai dan nafsu den tak terpleot. Kadang-kadang tuh malasnya memang melampau-lampau huhuhuhuhu;

3. harapnya di bulan Ramadhan nanti, paras kolesterol den turut sama berpuasa la. Jangan den melantak macam-macam udah la. Ngeri oooo dengan paras kolesterol den sekarang;

4. dah puasa nanti, dah tentu la kita akan menyambut lebaran. Makanya kena la siap siaga menyediakan bajet untuk perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri. Bajet raya adalah salah satu bajet yang mengerikan di dalam hidup den;

5. in sya Allah akan mengundi di Shah Alam buat kali pertama pada 9 Mei ini. Selama nih den mengundi di Port Dickson. PRU 14 nih merupakan kali kelima den mengundi. Den sempat mengundi pada PRU 11, PRU 12, PRU 13 dan satu Pilihanraya Kecil;

6. pada 9 Mei 2018, siangnya kita mengundi, malamnya in sya Allah den nak berdansa di 24K Magic Tour, konsert Bruno Mars. Walaupun sampai post ini dibuat den masih tak menghafal penuh mana-mana lagu dia, lantakkan aje la. Yang penting den dapat pergi konsert dia. Lama kot menanti since beli tiket pada Ogos 2017. Penantian sesungguhnya satu siksaan…chewah; 

7. harapnya urusan claim insuran bagai tuh dapat la diselesaikan dalam bulan ni. Jenuh kot telefon bank, telefon syarikat insurance, etc. No wonder kadang-kadang orang macam malas nak ambil insurans ni sebab jenuh nak menuntutnya; dan

8. nak settlekan cerita tentang trip 4 hari 3 malam bersama konco-konco ke Hanoi.

Begitu la cerita den di bulan Mei ini. 

Semoga bulan Mei kita akan lebih awesome daripada April yar. In sya Allah.

0 Comments