Kedai Emas Murah di Shah Alam

10:20
Esok dah nak masuk bulan puasa nih, akan ada ramai juga kaum wanita yang akan terpesona untuk membeli barang kemas untuk dipakai di hari lebaran, tak kisah la beli barang kemas sebab dapat duit kutu ke, dapat duit bonus ke, trade in dengan barang kemas lama untuk mendapatkan barang kemas baru ke, etc.

Sekarang ni dengan teknologi di hujung jari, kita boleh je beli barang kemas secara online dengan trusted seller di beberapa page menjual emas di Facebook.

Walaubagaimanapun, masih tetap juga ada orang yang masih suka ke kedai emas sebab perasaan mencuba setiap satu barang kemas yang terpilih adalah sangat wow. Kadang-kadang dengan hanya berada di kedai emas sambil dikelilingi pelbagai jenis barang kemas merupakan satu terapi dan memberi lebih kepuasan kepada sesetengah orang. Ada juga orang yang takut nak beli barang kemas online sebab pernah ditipu atau tidak mahu mengambil risiko. Makanya kedai emas setakat ini masih relevan dan signifikan (dah kenapa ayat gomen kan?)

Den nak share tentang satu kedai emas yang den rasa menawarkan harga emas yang paling murah di Shah Alam. Kedai tersebut adalah Khaalish Jewels yang mempunyai 2 cawangan di Shah Alam iaitu di Ole-Ole Shopping Centre, Seksyen 18 dan Plaza Massalam, Seksyen 9.
Gambar nih den ambil di google. Nih kedai di Ole-Ole Shah Alam
Kedai Khaalish Jewels ini menjual emas pada harga emas semata, tiada upah dan tiada GST. Contohnya, ketika harga emas 916 di Poh Kong Selasa minggu lepas adalah RM 205/gram tidak termasuk upah, harga emas di Kedai Khaalish Jewels pada hari yang sama adalah RM 189/gram, maka nilai RM 189 itulah yang akan didarabkan dengan nilai berat barang kemas yang dibeli. That’s all. Memang tiada tambahan harga upah dan GST. Hanya berat barang kemas yang dibeli x harga emas pada hari tersebut.

Contohnya beli rantai tangan dengan berat 10.29 g. Makanya harga yang perlu dibayar pada hari harga emas RM 189/gram adalah 10.29 g X RM189 = RM 1994.81.

Bagi pembelian barang kemas RM 2 ribu ke atas, kita boleh mendapatkan kad VIP Khaalish Jewels di mana kita boleh menggunakan kad ini pada pembelian akan datang dengan mendapat potongan RM3 bagi setiap gram barang kemas tersebut. Jika harga emas pada hari tersebut adalah RM 189/gram, kita boleh membeli barang kemas tersebut pada harga RM 186/g dengan menggunakan kad VIP tersebut.

Kedai Khaalish Jewels ini juga akan membuat flash sale pada masa-masa tertentu dengan harga emas per gram diberi diskaun. Masa flash sale ini, kad VIP tidak boleh digunakan kerana harga emas per gram telah diberikan diskaun.

Walaupun kepelbagaian barang kemas di Khaalish Jewels ini mungkin tidak semeriah di kedai emas berjenama lain macam Poh Kong, Tomei, Habib Jewel, etc, ianya tetap menawarkan barang kemas dengan rekaan terkini dan rekaan yang diminati ramai sepanjang zaman.

So kepada sesiapa yang berhasrat hendak membeli barang kemas sempena lebaran, nak bertunang, nak berkahwin, self reward, etc, bolehlah berkunjung ke 2 cawangan Kedai Khaalish Jewels ini ye.

Kedai Khaalish Jewels juga menjual gold bar dan gold mint tapi tidak banyak.

Seperti kedai emas lain, Kedai Khaalish Jewels menerima trade in barang kemas serta menyediakan perkhidmatan menjual barang kemas secara ansuran. 

Kedai ini menerima bayaran secara tunai, kad debit dan kad kredit.

So boleh la berkunjung ke Kedai Khaalish Jewels ini ye:

No 2-8-1, Tingkat 2,
Ole-Ole Shopping Centre,
Jalan Pinang A 18/A,
Seksyen 18, Shah Alam.
Tel : 03-55412690
Waktu operasi : Isnin - Ahad (11 pagi - 9.30 malam)

Lot F7, Tingkat 1,
Plaza Massalam,
No. 2 Jalan Tengku Ampuan Zabedah E 9/E,
Seksyen 9, Shah Alam.
Tel : 03-55101292
Waktu operasi : Isnin - Ahad (10 pagi - 10 malam)

Selamat merelit merelap dengan barang kemas baru di hari lebaran ye. 

Emas tak kira la emas 916 dan 999 telah dikhabarkan merupakan antara simpanan kalis inflasi cumanya emas 999 nih mahal sedikit kalau nak dibandingkan dengan emas 916. Ada je la barang kemas 999 tapi limited dan harganya lebih mahal. Kalau macam Bruno Mars tuh, den suspect rantai emas sebesar tali kapal yang dia suka pakai tuh adalah emas 999 sebab dah tajuk album dia 24K Magic kot……hehehehehheehe…nak juga sebut nama Bruno Mars ye.
Bila la nak kaya kayak dan dapat beli barang kemas yang sure beratnya merebehkan leher
#Walaubagaimanapun, sekiranya berhasrat hendak membeli barang kemas dengan harga yang lebih murah daripada harga yang ditawarkan di Kedai Khalish Jewels ini, the only choice yang tersedia adalah membeli barang kemas second hand. Kalau kita memang tiada preference nak pattern barang kemas macam mana, barang kemas second hand adalah pilihan terbaik kerana kita tetap akan mendapat barang kemas 916 tetapi dengan harga yang lebih rendah.

No comments:

Powered by Blogger.