Ramadhan 2018

Selamat menunaikan tanggungjawab untuk berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini kepada sesiapa yang terbaca blog den nih.

Alhamdulillah Allah masih beri kita rezeki untuk  berjumpa dengan bulan Ramadhan pada tahun ini.

Harapnya Ramadhan kita pada tahun ini adalah lebih baik daripada tahun lepas.

Den nih mujur sangat opis den masih buat program tadarus setiap kali bulan Ramadhan. So in sya Allah akan terbaca juga la Quran sedikit sebanyak walaupun termalas ke apa.

Disebabkan den ada hutang puasa 14 hari lagi tidak berganti makanya den perlu bayar fidyah. Harapnya bulan Ramadhan 2019, den tidak termasuk dalam golongan yang perlu membayar fidyah lagi huhuhuhuhu.

Banyak muhasabah diri yang perlu dibuat oleh umat Islam di Malaysia khususnya lagi-lagi kita wajar mengambil iktibar dan pengajaran PRU14.

#Disebabkan hari ini adalah hari pertama Ramadhan, tidak manis benar rasanya kalau blogpost pertama den adalah sesi berjimbaan di Konsert Bruno Mars kan? Makanya kita cerita hal-hal lain dulu la ye.

No comments:

Powered by Blogger.