Den tengok movie nih masa terbangun pukul 5 pagi dan tidak dapat tidur. Layan movie nih sambil melipat 3 bakul baju. 

Rupanya movie ni dibuat pada 2016 tapi baru je masuk di dalam kedai dvd yang dia biasa beli tuh.

Movie nih berdasarkan kisah besar pada tahun 1980an di mana seorang perisik jabatan kastam Amerika Syarikat, Robert Mazur lakonan Bryan Cranston menjadi undercover sebagai seorang peniaga yang terlibat di dalam pelaburan wang haram bagi hasil jualan dadah. Dengan menggunakan pesona sebagai Bob Musella, beliau berjaya menyusup masuk ke dalam kartel pengedaran dadah terbesar di bawah kelolaan Pablo Escobar dan membantu mendedahkan tentang organisasi pengubahan wang haram yang melibatkan bank antarabangsa.

Sepanjang tengok movie nih, den memang berdebar-debar la sebab dok risau si Bryan Cranston akan kantoi dengan geng dadah nih dan akan end up dibunuh camtuh. 
Baguih berlakon mamat ni. Should be considered as Lex Luthor in Superman movie. He will definitely be one of the best villain.
Bila cerita dah semakin genting dalam ¾ cerita tuh, den dah tak larat nak menanggung suspens lalu den baca kat Wikipedia apa kesudahan cerita ni hehehehehhee. Dah tua-tua nih tak lalu la nak berdebar-debar sangat.

Movie nih memang best k. Cerita benar yang diolah dengan begitu teliti dan tersusun sampai den pun turut berdebar-debar sama bila si Bryan Cranston berurus niaga dengan pengedar dadah ni. Bila peniaga dadah dah percaya dekat dia, diaorang siap jemput si Bryan Cranston ke rumah diaorang untuk beramah mesra, etc sampai jadi rapat terutamanya si Roberto Alcaino (lakonan mantap oleh Benjamin Bratt). So agak sedih juga la scene Bryan Cranston mengkantoikan pengedar dadah nih menyebabkan diaorang semua tertangkap sebab dah jadi kawan kan?

Hero memang la si Bryan Cranston kan tapi whenever ada scenes yang melibatkan Benjamin Bratt, I really couldn’t take my eyes off him. One of the talented soul around tapi jarang nak dapat berlakon movie yang best. He is really so easy on eyes. 
Do you blame me for choosing him over Bryan?
Hello handsome

Movie nih mengingatkan den kepada movie American Made berdasarkan cerita sebenar lakonan Tom Cruise, berkaitan dengan pengedaran dadah yang melibatkan CIA. Pun best juga cerita nih.

Bila den habis tengok movie nih dan berjaya menyiapkan melipat baju sebanyak 3 bakul, den terfikir gamaknya kalau pengarah Hollywood buat cerita benar 1MDB atau apa-apa cerita corruption yang berlaku di Malaysia, sure best juga kan hehhehehheheehe.

0 Comments