Anekdot Aidilfitri 2018

12:53
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Hari ni den baru masuk kerja. Sakan juga cuti rupanya hehhehehee.

Sebelum den meneruskan penceritaan tentang blogpost yang tertangguh-tangguh macam trip to Hanoi, 4 buah buku yang den dah baca dan movies yang den dah tengok, den coretkan sekupang dua tentang Aidilfitri 2018 untuk kenangan.

The whole family (den, buong dan kiddos) demam dan selsema bermula 2,3 hari Ramadhan terakhir membawa sampai hari raya ketiga. So mood berhari raya tuh akan berkurang sebab kepala dok pening-pening bagai. Kalau sihat pun dah takde mood sangat nak beraya. Dah sakit lagi terpleot mood tuh.

Masa sedang bersiap-siap nak pakai baju raya di pagi Aidilfitri kedua tuh, baru la perasan yang sampin F takde. A pakai sampin F pada 2 tahun lepas. Patutnya memang kena belikan F sampin baru tapi serious tak teringat langsung. Makanya F pakai la sampin papa dia yang dilipat dengan sesuka hatinya lalu kembung la sampin tuh di sana sini. Sudahnya end up tidak bersampin la si F tuh.

A pakai ketayap yang dijumpai di dalam almari sebab den tak teringat langsung nak belikan songkok untuk dia.

Terlupa langsung nak bagi kiddos pakai sandal yang semenggah sikit. Kiddos end up with selipar yang dipakai hari-hari. At one point, si A terpakai selipar sebelah lain. Haish. Sebelum balik Shah Alam, selipar A yang dia dok pakai tuh tertinggal di kedai makan. So goodbye selipar. Thank you for the excellence service for almost 2 years.

Dah terasa macam Mami Jarum sebab den pakai barang kemas lebih dari seurat. Biasanya den memang tak pakai barang kemas sebab tak minat. Tapi dah risau pula takut rumah dimasuk pencuri masa beraya tuh, pakailah juga sekupang dua barang kemas tuh. Tak selesa langsung pakai barang kemas ni. Terasa macam pokok krismas pun ada.

Ada drama sekejap kunci kereta abah tidak dijumpai di RR Sungai Buloh tuh. Rupa-rupanya adik den pergi letak kunci kereta atas meja di salah sebuah kedai makan kat situ. Mujur sangat la anggota RELA yang sedang bertugas di situ terjumpa kunci tuh dan tolong simpankan. Kalau tak dah tak pasal kena cari tukang kunci bagai.

Masa nak berjalan ke kereta di RR Sungai Buloh tuh, boleh pulak den terplecok padahal pakai flat sandal je pun. Dah sepanjang hari raya, buku lali den tuh bengkak sikit dan terpleot. Memang sengsara sikit la bila beraya lagi-lagi bila kena duduk bersimpuh huhuhuhuhu.

The kiddos really enjoyed beraya kat kampung. Sakan diaorang tengok ayam, main dengan sedara, main dengan kucing, etc. Siap ada adegan stand off dengan ayam-ayam lagi hehehehhehe.
Kiddos vs ayam
Terkejut bila tengok orang dah mula meniaga di Tanjung Karang pada hari raya kedua. Gamaknya orang bandar lagi beriya berhari raya daripada orang kampung kot ye.

Raya pada kali nih macam 70% dipenuhi dengan aktiviti menziarah sanak saudara yang tidak sihat. Siap ada sesi berhari raya di hospital lagi.

Aircond kereta buat hal. Tiba-tiba la pula tak sejuk. Sebelum balik ke Port Dickson dah bawa ke bengkel. Keesokan harinya kena bawa ke bengkel semula sebab aircond tiba-tiba tak sejuk buat sekian kalinya. Pitam membayo harga merepair aircond tuh. Langsung la terasa kecil hati dengan Abang Min sebab bagi bonus 1 bulan je huhuuhuhuhu.

Kiddos dah pandai nak pegang duit raya sendiri. Haish sekejap je dah besar budak-budak nih.

Tercuti lebih sehari dari yang dirancangkan sebab bawa kiddos tengok dinosaurs dekat Dinosaur Kingdom. In sya Allah my next blogspot will be on this. In a nutshell, bangkrupt mak ayah oiii bawa kiddos ke sini.

Kesimpulannya, okay je la Aidilfitri kali ni. Tak la semeriah mana sebab dah tua. Budak-budak la terpaling gumbira.

Semoga ada rezeki bertemu Aidilfitri tahun 2019.

#Dah tua-tua ni sebenarnya lebih ada rasa nak jumpa Ramadhan tapi tuh la tak larat la plak nak bangun sahur dan towards nak berbuka puasa tuh rasa macam nak pengsan sebab haus. Haish….teruk betul perangai.

No comments:

Powered by Blogger.