Hoan Kiem Lake ni bagi den adalah ala-ala Taman Tasik Shah Alam atau Taman Tasik Titiwangsa gittew iaitu tempat kita berehat bersama keluarga dan sahabat handai.

Masa kitaorang berjalan di sini, memang ramai orang sedang beristirehat dan berjalan-jalan di sini. Kebetulannya hari Sabtu, makanya memang ramai la orang.

Ada juga beberapa orang sedang berjogging dan ada sepasang pengantin sedang photoshoot.

Landskap kat sini memang cantik dengan pelbagai jenis pokok bunga yang bewarna warni ditanam. Memang spots yang cantik la untuk bergambar.

Ada juga Hanoi Kafe yang terletak betul-betul sebelah tasik. Kita boleh minum kopi sambil kita melepak menengok pemandangan tasik.

Red bridge yang terletak di Hoan Kiem Lake memang sangat cantik untuk bergambar sebab warnanya yang terang. 

Terdapat temple kecil kat sini iaitu Ngoc Son Temple. Untuk melawat temple ni kita kena beli tiket. Kitaorang memang tak plan nak melawat temple tuh. Kitaorang bergambar kat red bridge tuh je. Tapi disebabkan ramai orang pun nak bergambar di red bridge tuh, dapat la bergambar sekupang dua je di sini.
Kaunter tiket pun klasik

Dari lepas Asar membawa ke tengah malam (tak pasti samada during weekend je ke atau memang setiap hari begini), ada beberapa jalan di sekitar Hoan Kiem Lake ini yang ditutup bagi penduduk kat sini melakukan aktiviti riadah. Kitaorang ternampak orang main takraw, skuter, etc.

Ada juga aktiviti membawa kereta atau motor mainan oleh kanak-kanak. Terlekat sekejap kitaorang kat sini sebab seronok tengok kiddos bawa kereta yang comel tuh hehehehhee.

Ada sekumpulan remaja yang sakan dok menari tarian moden dengan jayanya. Yang pakai costume ala-ala cosplay pun ada. Memang meriah la tapi den tak ambil gambar sebab terpesona tengok diaorang menari.

Banyak jualan buah-buahan potong terutamanya buah mangga yang sangat besar dan menggoda jiwa, pelbagai makanan macam bebola ikan, daging, etc + pelbagai mainan yang boleh merobekkan poket ibu bapa.

#den sebenarnya macam nak beli je buah mangga potong tuh tapi member den cakap kalau sakit perut nanti akan memberi kesan pula pada aktiviti satu hari ke Halong Bay keesokan hari, makanya tak dapat la den merasa buah mangga yang nampak menyelerakan tuh.

Pemandangan red bridge pada waktu malam pun memang cantik juga sebab ada kerlipan lampu.

Cumanya disebabkan kamera den tidak canggih, makanya gambar yang diambil tidaklah menggambarkan suasana sebenar.

0 Comments