Menjelang Hari Raya Aidilfitri

10:41
In sya Allah this will be my last entry sebelum bercuti untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Untuk sesiapa yang terbaca blog ni, den doakan semoga selamat di dalam perjalanan balik ke kampung untuk berhari raya dan selamat balik ke rumah sendiri untuk meneruskan kehidupan. Semoga Hari Raya Aidilfitri kita sama-sama diberkati. Jangan terlebih makan, peringatan kepada terutamanya kepada diri sendiri yang ada masalah kolesterol nih huhuhuhuhu. Diharapkan jua semua amalan baik yang diamalkan di bulan Ramadhan tahun ini in sya Allah dapat dikekalkan selepas hari raya nanti.

Menjelang raya nih, terkenang pula raya masa Allahyarham emak dan Allahyarham atok masih ada.

Hari Raya Aidilfitri Fasa Bersama Allahyarham Emak

Allahyarham Emak meninggal dunia pada tahun 1988 masa den berumur 10 tahun.

So den rasa den ingat betul kenangan dengan Allahyarham Emak sejak umur den tadika (6 tahun) sampai dia meninggal dunia. Kenangan sebelum umur 6 tahun tuh memang tak ingat langsung rasanya ke pernah ingat sikit-sikit walaupun blur-blur tapi disebabkan dah banyak memory lost, makanya tidak la teringat.

1. Den, Allahyarham Emak dan abah duduk di Butterworth dulu. So setiap kali raya, kitaorang akan naik keretapi balik beraya kat rumah atok di Port Dickson. Den suka je la naik keretapi sebab boleh beli makanan yang dijual dalam keretapi tuh (rupanya dari dulu den dan kesukaan terhadap makanan tak dapat dipisahkan sampai la sekarang ye).

2. Baju kurung den masa zaman raya dengan Allahyarham Emak memang berfesyen-fesyen, kalah fesyen zaman sekarang hehehehehehe. Baju raya terakhir den dengan Allahyarham Emak sebelum dia meninggal dunia warna hitam dan kuning, ada reben kat pinggang. Glamour habis la masa tuh hehehehehe.

3. Setiap kali duit raya yang den dapat sepanjang berhari raya Allahyarham Emak akan simpan dalam ASB. Hasil pengumpulan duit raya di dalam ASB nih la den gunakan untuk top up pembelian kereta dan rumah 15 tahun kemudiannya. Allahyarham Emak memang sangat berjimat cermat orangnya.

4. Ada sekali tuh masa raya kat Port Dickson, Allahyarham Emak sakit gigi yang gila-gila. Dah raya memang la semua klinik gigi tutup. So disebabkan Allahyarham Emak tak larat sangat, Allahyarham atok hantar makanan kat bilik untuk Allahyarham Emak. Raya kedua ke raya ketiga baru ada klinik gigi yang buka, barulah boleh cabut gigi yang rosak tuh.

5. Den pakai baju raya yang berambu ramba, sekali tuh terjatuh tangga tergolek-golek sampai ke bawah. Dah berjahit kepala den masa hari raya tuh.

6. Baju den tersambar bunga api kat bahagian belakang. Sepupu den si Boboy tak sengaja terletak bunga api tuh dekat dengan baju den. Bila rasa belakang den panas, makanya den pun gosok la belakang den tuh dengan belakang tangan kiri. Sudahnya tangan kiri den pun cedera juga kena api. So berparut la tangan kiri dan belakang den akibat bunga api sampai sekarang. Masa den dok menangis sebab sakit luka kena bunga api tuh dirawat oleh Mak Jai, adik abah yang merupakan seorang jururawat, Pak Su den (adik abah yang bongsu) cakap ‘siapa tangan buruk tak boleh dapat duit raya’. Lagi kuat la den meraung sebab tak boleh dapat duit raya hehehehehehe.

Banyak lagi kenangan hari raya dengan Allahyarham Emak tapi yang nih yang den teringat semasa menulis post nih.

So tahun 2018 nih, dah 30 tahun den berhari raya tanpa Allahyarham Emak.

Sedih ke beraya tanpa Allahyarham Emak? Masa umur den 11 - 12 tahun memang sedih sangat rasanya. Siap menangis kat bilik air sebab tak nak orang tau den menangis. Lepas-lepas tuh dah macam rasa okay je la kot. Time will never heal the pain, it will only make it numb I guess. Dah tua-tua macam nih lagi tak terasa apa-apa sebab dah sibuk dengan urusan dunia yang macam-macam.

Hari Raya Aidilfitri Fasa Bersama Allahyarham Atok

Tahun nih merupakan tahun ketiga den beraya tanpa Allahyarham Atok.

Kehilangan Allahyarham Atok lebih terasa sebab masa atok meninggal dunia pada 2016, den dah tua, umur 38 tahun. So bila dah makin tua, kita ada lebih banyak memories camtuh.

1. Kalau cerita pasal raya nih, den teringat zaman-zaman den sekolah dan sampai la den belum kahwin, tugas utama den adalah membantu Allahyarham Atok sebab den dah ala-ala tuan rumah juga sebab Allahyarham Atok membesarkan den sejak Allahyarham Mak meninggal pada 1988.

2. Kadang-kadang den kena tolong Allahyarham Atok lap tingkap dan kipas. Dah la banyak tingkap dan kipas sebab rumah Allahyarham Atok 2 tingkat, stress ooooo hehehehehhee.

3. Lepas tuh kena sediakan set cadar dan sarung bantal serta tuala kat bilik-bilik yang ada untuk kegunaan sanak sedara yang akan datang beraya nanti.

4. Bab kena vakum carpet dan lantai yang paling den malas sekali sebab rumah Allahyarham Atok ada banyak perhiasan pasu dan bunga, etc. So jenuh k nak memvakum di celah-celah perhiasan nih semua.

5. Tugasan utama den di kala raya juga adalah mengilatkan 7 dulang tembaga yang Allahyarham Atok ada yang diletakkan sebagai perhiasan di dinding. Jenuh tau nak kilatkan dulang tembag tuh guna Brasso.

6. Kalau bab masak, den akan tolong bab goreng kacang, tumbuk kelapa untuk buat kerisik, masukkan pulut dalam daun pisang, etc.

7. Dah siap kisah kat rumah Allahyarham Atok, nanti sure Mak Long yang duduk sepelaung dari rumah Allahyarham Atok panggil untuk tolong dia buat kuih Mazola pulak.

Camtuh la kenangan raya den yang kadang-kadang memang den teringat.

Tahun nih Allahyarham Emak dan Allahyarham Atok dah takde, Mak Long pun dah start sakit. I am getting old, dah lebih susah hati mengenang ketidaksediaan untuk meninggalkan dunia. So raya lebih bersederhana dan mellow rasanya. Mujur ada anak-anak. So den dan buong beraya la juga tapi sederhana je la.

Till then, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.