Resepi Biskut Florentine @ Crunchy Caramel Almond Cookies Mudah, Nipis dan Tidak Melekat Dengan Menggunakan Paper Cup (Cawan Kertas) Muffin Cupcake

14:12
Mak aiii tajuk panjang gila padahal orang lain dah share resepi Biskut Florentine nih dah lama gila kot hehehehehe.

Disebabkan den memang jarang memasak dan jarang gila pun share sebarang resepi di dalam blog ni, makanya teruja la juganya nak share resepi ni sebab den tak sangka senang gila + adunan menggunakan paper cup muffin cupcake menghasilkan biskut Florentine yang sangat nipis + biskut Florentine tuh langsung tak lekat pada paper cup muffin cupcake + senang dikeluarkan daripada paper cup muffin cupcake tuh.
Nampak tak betapa nipisnya biskut Florentine yang den buat ni
Bahan-Bahan

500 g Tepung Florentine
250 g badam keping (almond flake)
100 g kuaci
100 g biji labu
100 g walnut

ATAU

250 g Tepung Florentine
150 g badam keping (almond flake)
40 g kuaci
40 g biji labu
40 g walnut
Walnut sebenarnya den tak jumpa di dalam resepi-resepi yang den google tapi disebabkan walnut tuh nampak kacak, den beli je la hehehehhee. Boleh je tambah kekacang lain yang kita berkenan rasanya.

Selalu orang letak dalam 10 g - 20 g bijan hitam tapi den tak beli sebab takde plak bijan hitam tuh dalam pack kecil.

Den beli tepung Florentine 2 jenama iaitu Florenta dan Florentine brand Bakerman. Den rasa tepung Florentine daripada kedua-dua jenama nih sama sedap je. Mungkin den bukan baker so den tak reti sangat nak beza rasa macam mana.
Disebabkan den nak habiskan semua bahan sekali hadap, makanya Biskut Florentine kitaorang adalah sangat meriah dengan semua kekacang yang ada sebab kekacang yang dibeli adalah dalam pek sederhana. So macam kekacang menyaluti tepung Florentine, bukannya tepung Florentine menyaluti kekacang.

Cara Memasak

1. Walnut dihancurkan kepada kecil-kecil. Nih memang kena buat sebab walnut kan datang dalam bentuk gedabak.

2. Gaul almond flake + kuaci + biji labu + walnut biar sekata di atas loyang.
3. Bakar campuran kekacang ni di dalam oven pada suhu 160C selama 5 minit.

4. Gaul semua kekacang yang telah dibakar semasa semua kekacang masih panas lagi bersama tepung Florentine di dalam satu bekas sehingga sebati.
Anak bujang yang sakan nak tolong
4. Susun paper cup muffin cupcake di atas loyang (tak kisah loyang saiz apa asal muat dalam oven kita).

5. Masukkan satu sudu kecil penuh adunan di dalam setiap paper cup muffin cupcake dan ratakan. Jangan bumbun sangat sukatan tuh, hanya satu sudu kecil penuh sedang elok bagi memastikan biskut Florentine yang terhasil paling nipis.
Den susun paper cup muffin tuh ikut dan je. Takde ruang dalam acuan kita letak je kat luar acuan asalkan paper cup duduk atas loyang.

6. Bakarkan adunan di dalam oven pada suhu 160C selama 10 - 15 minit (bergantung kepada jenis oven k asalkan tidak hangus. Mula-mula den bakar adunan pada 10 minit tapi nampak kurang golden warnanya, makanya den tambah lagi 5 minit).

7. Bila keluar dari oven, biar biskut Florentine sejuk sebelum diketuk keluar dari paper cup muffin cupcake tuh.
8. Tadaa…..dah siap dan boleh disimpan di dalam bekas kuih atau tupperware kedap udara.
Den tak pernah cuba buat biskut Florentine guna loyang yang kena potong tuh tapi den rasa guna paper cup muffin cupcake nih serious senang gila sebab:

1. adunan akan jadi sangat nipis;

2. tak perlu risau adunan terlekat pada kertas minyak;

3. senang ketuk keluar biskut Florentine yang telah dibakar dari paper cup muffin cupcake sampai F pun boleh buat;

4. tak perlu juga risau adunan terpecah kalau kita potong tak betul; dan

5. yang paling best adalah biskut Florentine menggunakan paper cup muffin cupcake nih akan jadi sama je bentuknya, bulat-bulat dan sama saiz gittew.

Kena beli paper cup muffin cupcake yang tebal k sebab boleh guna berulang kali. Paper cup muffin cupcake yang den guna ni bertahan selama 10 kali den bakar dalam oven. Sampai habis bakar semua adunan biskut Florentine ni, paper cup muffin cupcake tetap elok, tak koyak ke apa. Sampai buang kat tong sampah la elok lagi paper cup muffin cupcakenya tuh.

So selamat mencuba resepi biskut Florentine yang terpaling ringkas dan mudah k.

11 comments:

  1. Replies
    1. Depo & WD Tidak Pakai ribet di www.Agenbola889.com bisa melalui WA BBM LINE & LiveChat
      minimal depo 25ribu minimal wd 50ribu
      BBM:AGB889 Line:Agenbola889 WA: +855313008889. Dengan CS Terbaik Agen taruhan Sport Casino dan Poker Bolatangkasnet

      Pasaran Bola dan Prediksi bola
      Bursa & Prediksi Liga Inggris 24 November 2018
      Bursa & Prediksi Liga Perancis 24 November 2018
      Bursa & Prediksi Liga Spanyol 24 November 2018
      Bursa & Prediksi Liga Italia 24 November 2018
      Bursa & Prediksi Liga Indonesia 24 November 2018

      Delete
  2. Sy kongsi resepi.. Boleh tanya klu jualan sekeping berapa rm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry baru perasan komennya. Biasanya kalau dalam balang kecik, di PKNS Shah Alam orang jual dalam RM18-RM22

      Delete
  3. Assalamualaikum... yang kekacang yg puan beli tu berapa gram ye untuk satu pack tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry ye baru terperasan komennya. Saya beli satu pack almond flake 300 g, 100 g biji kuaci, 100 g biji labu dan 100 g kacang walnut

      Delete
  4. maaf nakntye bole sertakan harga utk semua bahan x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga barang mungkin berubah sedikit mengikut kedai tapi nih harga yang saya dapat ye:
      250 g Tepung Florentine - RM18
      150 g badam keping (almond flake)- RM12
      40 g kuaci - RM 8
      40 g biji labu - RM 8
      40 g walnut - RM 12

      Delete
  5. Replies
    1. Kos bahan lebih kurang RM60 boleh dapat dalam 3 balang besar

      Delete

Powered by Blogger.