Den mula baca novel ni selepas dinner pada 16 April dan sambung baca semasa di hotel menunggu cab sampai, di dalam cab on the way ke airport, masa menunggu di aiport untuk depart balik ke Malaysia dan di dalam 3 hours flight back to Malaysia. Den habis baca buku nih semasa flight tengah landing kat KLIA2.

Buku ni mengisahkan tentang empat (4) pembunuhan yang modus operasinya adalah lebih kurang sama di mana setiap suami yang merupakan jutawan mati dibunuh dengan kejam dan setiap isteri dibelasah dengan sangat teruk tetapi masih hidup berlaku di Los Angeles, London, Perancis dan Hong Kong.
 
Segala harta setiap suami yang mati dibunuh didermakan kepada rumah anak yatim tanpa sesen pun diambil oleh setiap isteri yang terselamat. Semua isteri di dalam 4 kejadian pembunuhan ini tidak dapat ditemui oleh polis selepas keluar dari hospital.

Angela Jakes, Lady Tracey Henley, Irina Anjou dan Lisa Baring yang merupakan isteri yang terselamat dalam setiap kejadian pembunuhan suami mereka rupanya adalah orang yang sama iaitu Sofia Basta yang mengubah identiti mengikut keperluan rancangannya bersama seorang lelaki yang merupakan sahabat baik beliau semasa di rumah anak-anak yatim iaitu Frankie Mancini. 

Buku nih memang ala-ala trademark Sidney Sheldon. Thriller yang tak susah sangat nak faham jalan ceritanya tapi tetap mendebarkan.

Den dah lama tak baca buku genre thriller ni. So not a bad book la buku nih walaupun masih kureng sedikit auranya kalau nak dibandingkan dengan buku-buku thriller lain yang den pernah baca.

0 Comments