Sejak dua menjak nih macam termalas pula nak mencoretkan sepatah dua kata di dalam blog nih. Haish.

Semoga masih ada hati untuk terus memblogging selepas ini. Wish me luck k.

Sejak-sejak dah tengok movie Jurrasic World : Fallen Kingdom ni, soalan pasal dinosaurs memang bertalu-talu la.

Sebenarnya setiap hari pun ada soalan pasal dinosaurs sejak belum tengok movie tu puh.

Bila hang ada seorang anak lelaki yang merupakan peminat tegar dinosaurs sejak berumur 2 tahun sampai la dah nak masuk umur 8 tahun ni, memang la dunia hang akan dipenuhi dengan persoalan berkaitan dinosaurs yang kadang-kadang menyebabkan hang terkesima tak tau nak jawab apa huhuhuhu.

Tyrannosaurus rex (TRex) VS Indominus rex

F : Tyrannosaurus rex lawan Indominus rex siapa menang mama?

Den : TRex la menang.

F : Sebab apa TRex menang?

Mama : Sebab gigi TRex lagi banyak dan tajam.

F : Ehhhh….Indominus rex pun gigi dia banyak dan tajam jugakkkkk. Indominus rex pun hebattttt.

Mama : Dah tuh Indominus rex la yang menang ye kalau lawan dengan TRex?

F : Eh tak lah. Tyrannosaurus rex la menang sebab kuku dia lagi tajam dan dia lari lagi lajuuuuu.

Den : ………….

Stegosaurus VS Triceratops

F : Stegosaurus lawan Triceratops siapa menang mama?

Den : Mama rasa Triceratops menang.

F : Kenapa Triceratops menang?

Mama : Sebab Triceratops ada tanduk tajam kat kepala dia. Dia boleh tanduk semua dinosaurs yang lawan dengan dia sebab kepala dia kuat.

F : Tapi Stegosaurus pun kuat ada tajam-tajam kat belakang dia.

Mama : Mama pening la. So dua-dua pun boleh menang ke macam mana?

F : Ha….kadang-kadang Triceratops menang kalau dia tanduk laju-laju dan kuat-kuat sampai Stegosaurus jatuh. Kadang-kadang Stegosaurus menang kalau dia sempat lompat atas Triceratops sampai penyet.

Den : Oooooooo.

Spinosaurus VS Ankylosaurus

F : Mama tau tak Spinosaurus nih dia boleh kalahkan Ankylosaurus?

Den : Eh…tapi ekor Ankylosaurus kan kuat boleh libas Spinosaurus?

F : Memang ekor Ankylosaurus boleh buat macam tuh tapi dia bergerak lambat sangat. Spinosaurus boleh cederakan dia guna belakang dia yang keras tuh.

Den : Okayyy.

Perbualan macam ni berlangsung hampir setiap hari sejak dia berumur 4 tahun k. Den pasrah aje la.
Tapi disebabkan den nih memang sel-sel otak dah banyak terputus, makanya banyak la juga dinosaurs yang den tak kenal walaupun dah berpuluh kali den bacakan buku pasal dinosaurs kat diaorang + dipaksa main dinosaurs tuh.

Tuh belum lagi coretan pasal pertanyaan dia tentang Brachiosaurus, Velociraptor, Parasaurolophus, Iguanodon, Carnotorus, etc.

Itu la dia cerita den tentang kehidupan den bersama peminat tegar dinosaurs.
Favourite si F sejak dia berumur 2 tahun

0 Comments