Mandatori Oleh Ramlee Awang Mursyid

09:46
Amran merupakan seorang anak sulung yang sangat terkesan selepas ayahnya iaitu Tassan yang merupakan pemandu peribadi kepada Datuk Johari dihukum gantung sampai mati kerana polis menemukan dadah di dalam kereta yang dipandunya sedangkan dadah tersebut adalah milik konco-konco Datuk Johari.

Norman merupakan seorang jejaka tampan yang mempunyai banyak duit tetapi mengalami masalah mimpi ngeri yang berterusan yang melibatkan Pahlawan Mundu. Dalam pada masa yang sama, beliau cuba untuk merapatkan diri dengan Juliana dan Sofia (anak dan cucu kepada Datuk Johari) dan menjalani rawatan jiwa bersama Dr. Asmah.

Carlos merupakan seorang pembunuh yang akan memberi pengajaran kepada sesiapa yang dirasakan bersalah di dalam pertimbangannya.

Bogart merupakan anak angkat kepada ketua kumpulan Mundu iaitu Bogot.

Bilal Piut merupakan seorang jejaka yang hilang ingatan akibat terperangkap di dalam ribut di lautan yang dijumpai oleh penduduk kampung.

Amran, Norman, Carlos, Bogart dan Bilal Piut sebenarnya merupakan seorang yang sama tetapi mempunyai pelbagai (multiple personality disorder).

Buku ini menceritakan tentang kisah hidup kelima-lima personality ini di dalam menjalani kehidupan di antara bayangan kisah silam, dendam, hubungan dengan keluarga dan rakan, redemption, etc.

Novel setebal 505 muka surat nih den baca pada 16 April 2018, hari ketiga di Hanoi semasa di dalam perjalanan dari Hanoi City ke Ning Binh Province serta perjalanan balik dari Ning Binh Province ke Hanoi City. Novel nih den habiskan masa half way perjalanan balik ke Hanoi City.

Ramlee Awang Mursyid merupakan penulis yang paling terkenal dengan novel Tombiru yang den tak baca lagi novel ini.

Novel nih best je la bagi den. Novel Melayu memang tak susah mana nak faham sebab dalam bahasa ibunda kot. Walau berbelit macam mana pun storyline dia, in sya Allah masih boleh faham dengan mudah.

No comments:

Powered by Blogger.