Ini merupakan cerita kedua berkenaan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sempena Blogger’s Gathering pada 18 Ogos 2018 di Blueblue Playland dan Master Jump, Gunung Rapat, Ipoh, Perak.
Program bermula dari 11 pagi sehingga 4 petang.

Disebabkan den sampai agak awal dalam 1030 pagi, selepas mendaftar di kaunter, den dan keluarga dibawa melawat ke keseluruhan bangunan MBC oleh seorang kakitangan Blueblue Playland yang bernama Fira, ramah tamah dan rajin memberikan macam-macam info kepada kitaorang.
Kaunter pendaftaran
Mula-mula sekali kitaorang dibawa melawat tingkat 1 yang menempatkan Blueblue Playland, Master Jump, nursing room yang eksklusif, ruang seminar, kiosk makanan dan kaunter pendaftaran.

Seterusnya kitaorang naik tangga ke ruang atas sedikit di tingkat satu bagi melihat lukisan-lukisan yang memenangi pertandingan lukisan yang pernah diadakan di sini. Dari atas nih kita boleh mengambil gambar Blueblue Playland dari pandangan atas. Cantik k pemandangannya sebab playland tuh berwarna-warni.
Kalau ada event, kita boleh melepak tengok dari tingkat atas ni

Antara pemenang colouring contest. Kalau den masuk bertanding pun sahih gagal sebab these kids sure did have skils
Pemandangan kaunter dan ruang aktiviti/bengkel/seminar dari atas
Ruang untuk event yang boleh memuatkan 60 orang pada satu-satu masa
Seterusnya den sekeluarga dibawa ke tingkat 2 yang menempatkan 2 buah gelanggang futsal dan surau. Masa kitaorang dok meninjau kawasan tuh, ada program Milo di gelanggang futsal tuh. Seronok je tengok budak-budak berbaju Milo dok main bola di situ. Comel-comel je semuanya.

Akhirnya kitaorang dibawa melawat 5 gelanggang badminton bertaraf Olimpik di tingkat 3. Ada beberapa orang pemain sedang bermain badminton masa kitaorang datang tuh. Sebelah gelanggang badminton nih terdapat sebuah kedai souvenir yang menjual barangan berkaitan sukan badminton seperti kasut, tshirt, raket, bulu tangkis, beg sukan dan pelbagai souvenirs lain yang diinspirasikan daripada Datuk Wira Lee Chong Wei termasuklah merchandise daripada movie Lee Chong Wei (Rise of A Legend). Kat sini juga kita boleh repair raket badminton termasuklah betulkan tali, etc. 
Antara barangan yang dijual di sini
Fiza menerangkan bahawa Master Badminton Club (MBC) boleh ditemui di 3 lokasi iaitu di Gunung Rapat (Ipoh), Kuala Kangsar dan Klebang. Di ketiga-tiga tempat ini memang menempatkan beberapa buah gelanggang badminton dan gelanggang futsal. 

Yang istimewa di bangunan MBC Gunung Rapat (Ipoh) adalah ianya mempunyai Blueblue Playland dan Master Jump, lebih sesuai untuk keluarga sebab ada aktiviti untuk anak-anak dari umur beberapa bulan hingga ke 15 tahun serta parents boleh bersukan di gelanggang badminton dan futsal. Yang special di MBC Klebang adalah ianya menyediakan asrama.

Aktiviti untuk bloggers dimulakan dengan taklimat oleh pihak pengurusan Blueblue Playland serta tayangan video.
Comel betul kerusi untuk taklimat bagi kiddos nih hehehehheehe
Mereka yang terlibat pada program tersebut
Seterusnya anak-anak termasuklah kanak-kanak yang berlatih di bawah naungan Lee Chong Wei Badminton Academy (LCWA) digabungkan dan dibahagikan kepada 3 kumpulan, hijau, kuning dan biru (eh ke merah ye hehehehhe).

Setiap kumpulan diberi masa beberapa minit untuk melengkapkan 3 jenis cabaran menggunakan bulu tangkis dalam aktiviti LCWA Shuttle Challenge. Aktiviti ini dilaksanakan di dalam kawasan Blueblue Playland. Memang riuh rendah dengan suara emak-emak bagi sokongan kat anak-anak. Anak-anak semua relax je hhehehehhehehe.
Beriya si kecik memeluk tubuh mendengo taklimat aktiviti macam kan paham

Aktiviti 1 : Memasukkan/Membaling bulu tangkis ke dalam bekas
Aktiviti 2 : Memasukkan bulu tangkis ke dalam ruangan di kotak menggunakan raket badminton
Aktiviti 3 : Membawa bulu tangkis secara berpasangan dan menempuh halangan sebelum turun gelungsur
Orang lain sakan dok beraktiviti, budak bertuah nih dok sakan main di sand play area (cassia seeds). Tak heran langsung nak joint aktiviti, sabo je la.
Lepas acara LCWA Shuttle Challenge, ada sesi zumba dengan ZIN yang dijemput khas. Disebabkan audience dia kanak-kanak termasuklah anak den yang umur 4 tahun tuh, makanya lagu zumba memang sempoi dan catchy termasuklah lagu Baby Shark Do Do. Disebabkan Blueblue Playland tak cakap semua ibu bapa dijemput berzumba sekali, makanya den duduk je la kat tepi mengambil video budak-budak berzumba. Kalau diajak sekali berzumba tuh, haruslah den turut sekali sebab best kot zumba hehehehhehehe.
Lets zumba
Sakan depa berzumba
Group photo with ZIN
Seterusnya kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke atas membuat 2 aktiviti di Master Jump sementara kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah kekal di ruangan Blueblue Playland untuk main macam-macam kat situ. 

Kat Blueblue Playland ada 2 mini trampoline yang kanak-kanak boleh lompat. So diaorang still ada peluang melompat atas trampoline yang kecil. They still can get the experience to hop and jump on the trampoline walaupun tak dapat masuk ke Master Jump k.
Kanak-kanak boleh melompat di trampoline mini di Blueblue Playland
Ada dua aktiviti di Master Jump di mana kanak-kanak dibahagikan kepada dua kumpulan dan membuat aktiviti mengambil kiub span menggunakan tali di atas trampoline dan menyusunnya secara bertingkat-tingkat tanpa menyentuh kiub span dengan tangan. 
Taklimat ringkas sebelum masuk ke ruang Master Jump

Aktiviti seterusnya lagi best di mana setiap kanak-kanak perlu melompat di atas trampoline sehingga ke hujung sebelum melompat di dalam ruang yang dipenuhi dengan kiub-kiub span. Jenuh oiii nak bergerak atau bergolek di antara kiub-kiub span tuh untuk menyampaikan ke dinding yang menempatkan bulu tangkis disangkut di bahagian atas dinding tuh. Dah sampai ke dinding, kena buat rock climbing untuk mendapatkan bulu tangkis tuh. Memang meriah k.
F terbang masuk ke dalam kolam kiub span
Selepas selesai aktiviti, kitaorang dipertontonkan dengan aksi ninja di atas trampoline. Memang skill ninja betul ninja yang melompat-lompat nih. Kalau suruh den yang lompat, samada sekali lompat den dah tergolek atau trampoline terkoyak sebab den berat sangat hehehehehehe.
Fokus tengok ninja melompat
Kalau siapa yang ada anak-anak kecil di bawah 7 tahun serta anak-anak di atas 7 tahun, toksah risau la nak pantau anak-anak macam mana sebab Blueblue Playland nih terletak sebelah je dengan Master Jump tuh. Memang kita boleh nampak juga sikit-sikit anak-anak yang melompat di Master Jump sekiranya kita duduk di Blueblue Playland tuh. Lagipun kakitangan Master Jump memang ada yang bertugas masa budak-budak dok bergelinjangan di situ.

Lepas sakan budak-budak melompat dan bergelinjangan di Blueblue Playland dan Master Jump, aktiviti diteruskan dengan birthday party celebration untuk kanak-kanak yang lahir bulan Julai dan Ogos. Kebetulan pulanya si F lahir pada 8 Julai, makanya dia termasuklah di dalam golongan yang diraikan. Siap ada crown dan potong kek lagi k. Suka sangat budak-budak nih.
Rezeki anak bertuah yang seorang ni, diraikan dalam birthday celebration nih
My first born, my always forever baby. The dinosaur whisperer.
All July and August babies
Birthday celebration di sini adalah sangat sesuai sebab set up untuk birthday tuh comel dan sangat sesuai untuk kanak-kanak dan ibu bapa. Kanak-kanak boleh duduk ramai-ramai menjamu selera di kerusi dan meja comel yang telah dihias dengan birthday party pack sementara ibu bapa duduk di meja kerusi yang berada di bahagian belakang.  
Party packs yang tersusun kemas atas meja
Memang sesuai buat birthday party kat sini sebab suasananya yang ceria dan bewarna warni
Di samping meja utama yang meletakkan kek birthday, cookies, jelly dan coklat, terdapat 5 super cute kiosk yang menyediakan aneka makanan. Serious kiosk yang ada tuh cute sangat. Semua makanan di setiap kiosk telah dipackkan di dalam bekas yang senang untuk kanak-kanak makan. Tak perlu bersenduk-senduk, tuang kuah bagai. Senang sangat. Mudah untuk dimakan, tak perlu beratur panjang tunggu turn nak senduk kuah bagai, meminimakan makanan tumpah, etc. Serious senang dan memudahkan.

Makanan yang tersedia di kiosk yang super comel termasuklah spaghetti, sandwich, buah-buahan potong, pudding, sosej, nuggets, fries dan air cordial.
Happy sangat diaorang ni
Yang special tuh siap ada mesin gula-gula kapas. Terasa macam kat funfair plak hehehheehhee.
Enjoying their first gula kapas ever
Sambil makan dengan gembiranya tanpa mengira kalori (den la tuh huhuhuhuhu), ada sesi penyampaian hadiah dan sijil penyertaan.

Team yang menang untuk aktiviti LCWA Shuttle Challenge dan aktiviti di Master Jump mendapat hamper. Semua yang hadir pada hari itu diberikan sijil penyertaan oleh Blueblue Playland (setiap sorang dapat sijil tau).
Kumpulan kuning yang menang bertanding
Sijil kami. Tali ada nama Dato Lee Chong Wei yang mahai tuh hheehehehehe
Selepas semua dah tak larat nak makan lagi, semua dibenarkan untuk menyambung aktiviti bergelinjangan di Blueblue Playland dan Master Jump.
Messy and sensory art
Program pada hari itu diakhiri dengan persembahan silap mata oleh magician. Kanak-kanak la yang terpaling gembira bila ada clown @ magician nih. 
So memang tempat nih sesuai untuk pelbagai aktiviti berdasarkan tema dan kehendak masing-masing ye.

Aktiviti-aktiviti yang kitaorang joint pada hari tersebut boleh juga disuaipadan atau disesuaikan dengan kehendak pelanggan ye. Jika temanya birthday party, memang sesuai la aktiviti-aktiviti yang kitaorang dah lalui semasa Blogger’s Gathering tuh.

Kalau nak buat team building of course programnya berbeza, lebih memfokus kepada kerjasama pasukan, etc.

Kalau buat hari keluarga pun best kat sini. Ibu bapa boleh main badminton  dan futsal serta berzumba sementara anak-anak membuat pelbagai aktiviti di Blueblue Playland dan Master Jump. Kan best tuh? Satu tempat yang boleh cater untuk semua peringkat umur.

Birthday party, farewell party, bridal shower, baby shower, etc memang boleh buat kat sini. 

Rombongan sekolah dari taska sampailah ke sekolah menengah baik university pun sesuai bergelinjangan di sini tapi of course anak-anak di taska, tadika dan sekolah rendah akan paling teruja kat sini.

Sukaneka pun macam sajak je kalau buat kat sini.

Kalau ada special requirement macam nak vegetarian food atau makanan berkhasiat (tak nak jajan bagai boleh je request dan dibincangkan k).

Whatever you have in mind, bolehlah dibincangkan dengan wakil Blueblue Playland untuk direalisasikan. So untuk sebarang pertanyaan atau maklumat yang lebih lanjut boleh hubungi Blueblue Playland di:


Instagram : @blueblue_playland

Telefon : 05-3126866

Lokasi : No.2, Arena Gunung Rapat, Jalan Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak

Waktu Operasi : Selasa - Ahad (10 pagi hingga 8 malam)

Terima kasih banyak-banyak kepada Blueblue Playland kerana sudi menjemput den sekeluarga untuk joint Blogger’s Gathering ye. Sungguh berbaloi datang ke sini walaupun kitaorang dari Shah Alam sebab this place is one of its kind. Salah satu tempat wajib lawat sekiranya ke Ipoh.

0 Comments