Den dah pernah cerita pasal perkhidmatan qurban dan aqiqah oleh EZ Qurban pada tahun lepas tapi saja nak cerita lagi tahun nih in case kot masih ada orang yang masih mencari organisasi yang boleh melaksanakan ibadah qurban dan aqiqah nih lalu terbaca blog den nih.

Ada 3 kategori ibadah qurban yang ditawarkan oleh EZ Qurban iaitu samada bagi 1 bahagian lembu (RM300) atau 1 ekor kambing (RM580) atau 1 ekor lembu (RM2100) yang akan dilaksanakan di Kemboja, Bangladesh, Vietnam, Indonesia, Laos, India, Myanmar, etc.

Untuk makluman semua, harga untuk korban bagi tahun 2018 adalah sama je dengan harga pada tahun 2017.
EZ Qurban turut menyediakan perkhidmatan melaksanakan ibadah qurban di Palestine tetapi harga bagi setiap ekor lembu dan kambing adalah lebih mahal kerana kesukaran untuk mendapatkan sumber dan bahan mentah di sana.

Pembayaran boleh dibuat melalui perbankan internet, kad debit atau kad kredit.

Being orang introvert dan pemalas macam den nih ha, memang sesuai ada perkhidmatan macam nih sebab memudahkan sebab tak menguruskan sendiri camtuh.

Kalau sesiapa yang suka bermasyarakat, buat kenduri kendara, etc memang takde feel la kan buat dengan EZ Qurban tapi bagi den apa penting, den laksanakan ibadah atau perkara tersebut seringkas dan semudah mungkin. Ini adalah komponen penting untuk orang macam den nih ha.

Sebab tuh la aqiqah untuk kedua-dua orang anak den dan a few qurban semua den buat through EZ Qurban nih.

#ada harapan kenduri kawin anak-anak den esok sempoi nak mampuih sebab omaknya malas hehehehehe.

So bagi sesiapa yang masih belum mendaftar ibadah qurban dan berhasrat nak melakukan qurban dengan harga mampu milik bolehlah mendaftar di website https://www.ezqurban.org/. 

Di website tersebut boleh didapati borang daftar qurban atau daftar aqiqah. Setelah siap mengisi borang dan membuat bayaran serta menghantar borang tersebut secara online kepada EZ Qurban, kita akan terima sms pengesahan daripada EZQurban yang mengatakan pendaftaran qurban/aqiqah kita telah diterima (den terima sms nih tak sampai 5 minit selepas borang dihantar).

Resit bayaran penyertaan qurban den dan buong pada tahun ini diterima melalui email dalam tempoh tak sampai 1 jam borang dihantar.

Penerimaan sijil pengesahan pelaksanaan ibadah qurban tuh yang memang akan mengambil masa sedikit untuk diterima. Tahun 2017, sijilnya den terima 2 bulan selepas ibadah qurban dilaksanakan.
Kalau tak nak mendaftar qurban/aqiqah melalui website, boleh je mendaftar melalui mendaftar email, faks, SMS, WhatsApp, telefon atau walk in. Terpulang atas kita yang mana paling mudah untuk kita. Pada den, daftar dan bayar through website dia dah paling mudah.
So in sya Allah memang mudah melaksanakan ibadah qurban through EZQurban nih.

Pendaftaran Qurban oleh EZQurban untuk tahun 2018 ini akan ditutup pada 23 Ogos 2018 (11 Zulhijjah 1438H). So ada lebih kurang 3 minggu (21 hari) lagi untuk mendaftar qurban dengan syarikat ini ye.

Semoga ibadah qurban kita pada tahun ini diterima oleh Allah, in sya Allah.

#Semua gambar den ambil daripada laman sesawang EZ Qurban.

0 Comments