REVIEW : Produk Pelbagai Guna WD-40 dan 5 Jenis Pekerjaan Yang Anda Tidak Ketahui Sebenarnya Menggunakan WD-40

11:41
Hampir ditemui di setiap garaj atau bengkel di seluruh dunia, WD-40, bermaksud Water Displacement Formula (Menghilangkan kelembapan) yang berjaya disempurnakan pada percubaan ke-40, sering dikaitkan dengan penjagaan dan penyelenggaraan automotif, sebenarnya mempunyai beribu kegunaan.
Antara produk WD-40
Salah satu fungsi utama, seperti namanya “Water Displacement” ia bertindak sebagai pencegah kelembapan dan kakisan, ia juga boleh digunakan sebagai pembersih gris dan kesan gam yang melekit, pengilat, dan juga pelarut (untuk melarutkan bahan jenis polikarbonat atau lilin).

Fungsi-fungsi ini menjadikan WD-40 produk yang hebat untuk tukang emas, ahli sukan, pengumpul duit syiling, pembuat kasut, dan pemuzik!

Untuk tukang emas, WD-40 berfungsi sebagai pengilat untuk barang perak supaya kembali bersinar, dan membantu membersihkan dan mencegah karat pada barang kemas.

Untuk ahli sukan, senarai perkara yang boleh dilakukan oleh WD-40 boleh mencapai beberapa halaman. Iia boleh melincirkan dan membersihkan peralatan sukan (sama ada golf, raket atau tongkat kayu) dan melindunginya daripada berkarat, menyingkirkan kelembapan (rantai basikal, peralatan menyelam skuba dan bahagian bot) membantu melancarkan brek kasut roda, sekali gus menghentikan gangguan pada mesin sukan anda, dan banyak lagi.

Untuk pengumpul syiling, WD-40 telah digunakan selama bertahun-tahun untuk membantu membersihkan syiling lama dan mengembalikan kilauan asalnya, tanpa menghakis permukaan atau merosakkan reka bentuk syiling terbabit.
Untuk pembuat kasut, WD-40 membantu menyingkirkan kesan lilin yang digunakan pada kasut, melincirkan cangkuk kasut, menjadikan kasut kulit yang lama lebih lembut dan lentur semula, mengembalikan kejernihan kasut plastik, membaiki peralatan pembersih kasut dan melincirkan gandar (roda) pada penggilap kasut.
Untuk pemuzik, WD-40 amat popular di kalangan pemuzik untuk penjagaan alat muzik. Menurut pengguna yang sudah tertahun-tahun menggunakannya untuk penjaggaan instrumen menyatakan bahawa tali instrumen boleh tahan lebih lama jika dirawat dengan WD-40. Ia juga membantu melincirkan skru penala 'halus' pada instrumen bertali, mencegah tali piano daripada berkarat, dan membersihkan rak muzik.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai WD-40, sila layari https://wd40.asia

 

Mengenai Syarikat WD-40®

Syarikat WD-40 adalah  organisasi pemasaran global yang didedikasikan untuk mencipta memori positif yang berpanjangan dalam membangunkan dan menjual produk yang mampu menyelesaikan permasalahan di bengkel, kilang dan kediaman di seluruh dunia. 

Syarikat dari Amerika ini adalah pembuat Produk Pelbagai Guna WD-40® yang paling dipercayai, yang perlu ada dalam setiap kotak peralatan dan kediaman di seluruh dunia yang juga dikenali sebagai penyelesaian pantas untuk membersihkan dan melindungi, melancarkan bahagian berkarat, memberi kelembapan, menghentikan bunyi geseran yang bising dan menghilangkan kesan melekit degil.

Produk Pelbagai Guna WD-40® ini menjadi penyelenggara profesional dan amatur DIY dalam pekerjaan mereka yang membabitkan perkakasan, perindustrian, automotif, berbasikal, sukan dan barangan runcit besar-besaran.

Produk Pelbagai Guna WD-40® boleh didapati dalam pelbagai saiz dan telah berkembang menjadi pelbagai produk khusus antaranya WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE and WD-40® Specialist™ Automotive.

Produk Syarikat WD-40 kini tersedia di lebih daripada 176 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk Malaysia di mana pelbagai produk WD-40 boleh ditemui di kedai-kedai runcit dan perkakasan utama di semua negeri. 

Untuk maklumat lanjut tentang Syarikat WD-40 atau barisan produknya, boleh melayari: www.wd40.asia.

No comments:

Powered by Blogger.