Dumex Dugro telah melancarkan Kempen Lebih Lagi Detik Bermakna Bersama pada Jumaat lepas (17 Ogos 2018) bertempat di IOI Mall Putrajaya yang berlangsung sehingga hari Ahad (19 Ogos 2018).
Den dan kiddos berpeluang menyertai roadshow dan pelancaran kempen tersebut.

Walaupun pelancaran kempen telah berlalu, terdapat empat (4) Roadshow Dumex Dugro : Lebih Lagi Detik Bermakna Bersama yang akan dijalankan di empat tempat berbeza iaitu:

Mydin Seremban : 31 Ogos - 2 September 2018

Emart Miri : 31 Ogos - 2 September 2018

Aman Central, Alor Setar : 27 - 30 September 2018

Emart Batu Kawa, Kuching : 28 - 30 September 2018

Kepada sesiapa yang berkesempatan dan mempunyai masa lapang untuk menghadiri Roadshow Dumex Dugro : Lebih Lagi Detik Bermakna Bersama yang akan dilaksanakan di tempat dan tarikh yang telah dinyatakan di atas, jangan lepaskan peluang untuk joint roadshow tersebut k.

Bukan sahaja ada aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama anak-anak tetapi Dumex Dugro juga menyediakan sampel susu pelbagai perisa dan tawaran pembelian produk Dumex Dugro dengan hadiah tabung yang comel.

Semasa pelancaran Kempen Lebih Lagi Detik Bermakna Bersama di IOI Mall Putrajaya, den dan anak-anak den main bersama-sama di Pulau Pelangi, Pulau Buaya dan Pulau Harta Karun. Lepas menghabiskan semua cabaran ni, kitaorang dapat sekeping gambar keluarga bertemakan pirate yang boleh dijadikan kenangan.
Aktiviti di Pulau Pelangi : mengipas kapal layar Dugro
Mama dah macam mengipas satay. Percubaan persediaan untuk bersara awal gittew.
Aktiviti di Pulau Harta Karun
Aktiviti di Pulau Buaya
Budak-budak nih ulang main kat setiap pulau tuh tak tau la berapa kali. Asal penat diaorang duduk sekejap minum sampel susu Dumex Dugro yang dok ada. Sakan tau depa.
Ada 7,8 kali rasanya depa sakan dok minum sampel susu Dumex Dugro nih bila penat bergelinjangan di 3 pulau tuh.
Ada plak sesi menari dan menyanyi lagu Baby Shark Do Do dengan pirates. Memang suka sangat la diaorang tuh.
Masa budak-budak kecik la kita nak create memories seumpama nih dengan dia. Esok-esok dah besar dah lain pula kaedah nak mencipta kenangan dengan diaorang kan.
So kepada sesiapa yang berkesempatan pergi ke roadshow Kempen Lebih Lagi Detik Bermakna Bersama oleh Dumex Dugro, have fun with your kids k.

Kalau nak dapatkan tabung percuma yang comel daripada Dumex Dugro, boleh dapatkan tabung tersebut dengan pembelian 2 pax Dumex Dugro 900 gram.

Ada 5 pilihan tabung tau. Ada tabung kura-kura, ikan jerung, ikan buntal, ibu dan anak serta ayah dan anak.
Kiddos with their tabung
Comel kan tabung mama kura-kura dan anak kura-kura nih
Selamat minum susu berkhasiat di samping dapat free gift yang boleh menggalakkan budak-budak menabung k.

0 Comments