Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah masih ada rezeki kita bertemu dengan bulan September pada tahun ini.
Rasanya baru je cuti panjang sebab Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 61 pada 31 Ogos 2018 yang lepas kan, dah kita ada rezeki nak bercuti lagi pada bulan September nih.
In sya Allah kita akan cuti umum pada tarikh-tarikh berikut di bulan September nih:
10 September (Isnin) : Hari Keputeraan DYMM Agong
11 September (Selasa) : Awal Muharram
17 September (Isnin) : Cuti ganti Hari Malaysia 16 September (Ahad)
I am so going to love September sebab banyak cuti umum hehehehehehe.
Setakat nih takde perancangan nak bawa kiddos ke mana-mana pun tapi tak tau la nanti tiba-tiba terberjalan juga heheeheehhe. Kadang-kadang terperuk kat rumah pun boleh sakit kepala, dapat groceries shopping kat Tesco, lepak kat kedai mamak, etc pun dah boleh buat budak-budak happy.
Bulan September 2018 nih juga adalah bulan yang ditunggu-tunggu untuk satu trip yang telah dibooking flight tiketnya pada November 2017. Almost setahun menunggu nak berjalan-jalan nih hehehehehe.
#Blog nih akan tergendala tanpa updates selama seminggu sebab den nak pergi berjimbaan ye. Berjalannya sekejap je tapi nak recover daripada moments indah sesi berjimbaan tuh yang ambil masa tuh hehheehehe. Hopefully sesi berhibernasi daripada mengupdate blog tuh sekejap je la ye.
Balik dari sesi berjimbaan nih nanti, den nak mula semula makan secara berhemah + mula bersenam buat sekian kalinya sebab berat sekarang memang paling mengerikan di dalam hidup den.
Den memulakan September den pada tahun ini dengan menghadiri satu kursus setengah hari di Bandar Baru Bangi pada 1 September 2018. Dah lama dah tak pergi mana-mana kursus yang tak berkaitan langsung dengan kerja den, best la juganya sebab kursus 4 jam je pun + bukan aku memaksa kau terpaksa nak pergi kursus tuh hehehehehehe.
Ada beberapa cerita yang pending termasuk short vacay kitaorang sekeluarga ke Ipoh - Kepala Batas - Seberang Jaya dan sesi berjimbaan ke Selayang semasa cuti sekolah Ogos yang lepas.
Ada beberapa perkara yang berangan nak buat dalam bulan September ni, tengoklah macam mana nanti ye.
Untuk semua yang terbaca blog ni, lets hope September will be wonderful.
Have a superb September yar.


2 Comments

  1. teachers love September toooo hahahah.. tapi xdela plan kemana2 duduk rumah jeee recharge energy ihihih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehehe rasanya majikan yang ramai pening kepala bila banyak cuti ni. Kita yang kerja makan gaji nih memang happy habis, kadang kala lebih daripada budak-budak hehehehehe

      Delete