Hanya kerana Tom Hardy adalah Venom.
Sebab tuh je la pun den tengok movie nih hehehehehehe.

Movie Venom sebenarnya membariskan pelakon hebat seperti Tom Hardy, Michelle Williams dan Riz Ahmed tetapi jalan ceritanya yang sangat cliché (alien dari angkasa lepas + eksperimen di makmal) dan tidak mantap menyebabkan movie ini macam serba tidak menjadi untuk den.
Rasa ada movie yang dulu-dulu dan pelakon tak terkenal langsung pun dah biasa sangat cerita tentang alien ikut balik dari angkasa lepas + eksperimen tidak menjadi di makmal menyebabkan orang atau binatang bermutasi, etc. Macam dah tak perlu lagi kot jalan cerita macam ni. Kot ye pun memang nak tak nak kena juga buat jalan cerita sebegini, kena bagi twist and spin here and there camtuh la supaya ada kelainan.

Den tau yang Venom nih adalah villain kepada Spiderman dan bukannya seorang superhero tetapi kalau dah nak dijadikan sebuah movie pasal dia walaupun ianya bukan lah superhero, haruslah juga jalan ceritanya menarik dan unik. Usahlah main taram je ikut dan asal jadi movie nya gittew la.

Kalau jalan cerita tak best, bubuh la sepuluh pelakon A-lister pun, ianya tidak dapat menyebabkan cerita tuh cemerlang. Mungkin pecah panggung tapi tiada kepuasan karya di situ.

Begitu la nasib movie Venom nih. Walaupun movie nya telah mencapai status box office tetapi tetap ada rasa macam terkilan bila menonton movie nih. 

The first hour of the movie menyebabkan den ada rasa macam ‘eh macam nih je ke jalan ceritanya’ camtuh la.

Tom Hardy adalah a very talented and one of the finest British actor. Walaupun ramai kengkawan den berkenan kat dia masa dia jadi Bane dalam movie The Dark Knight Rises tuh, den paling suka tengok lakonan dia dalam Warrior dan Locke. Kalau tengok movie Locke tuh, dia berlakon sorang-sorang dia je tapi tetap movie tuh best sebab jalan cerita movie mantap yet simple. 

Michelle Williams pun adalah actress yang memang cemerlang lakonannya. Sayang dalam Venom nih watak dia macam tempelan je, tak diperkembangkan dengan baik pun. 

Sayang sungguh movie Venom nih. Pelakon semua dah baguih dah. Sayang jalan cerita terpleot di sana sini.

Venom should done better.

#Setelah agak kecewa dengan Venom, den mengharapkan movie Aquaman nanti akan lebih menyerlah dan best. Please don’t let me down yar Jason Momoa.

2 Comments

  1. iye ke x best? aduhai... aida x tgk lagi ni.
    tunggu kuar kat tv.
    kenal dia ni, kat spiderman kan.
    anak2 teringin nak tgk citer ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak dibandingkan dengan cerita superhero sebelum ini, Venom nih memang kurang kick la tapi budak-budak akan suka je tengok sebab ada superhero kan. Cuma sarie yang dah tua nih la dok ada rasa 'apsal cerita nih macam nih' hhehehehehehe

      Delete