Kita sambung semula cerita Perth Day 1 k. 

Kawasan padang dan Swan River terletak sepelaung je dari homestay kitaorang, dalam 5 - 7 minit berjalan kaki dah sampai.

Tempat nih nyaman sangat-sangat. Kitaorang bukan je melepak sakan di sini pada petang hari pertama kitaorang sampai kat sini tapi kitaorang juga morning walk di sini setiap pagi sepanjang kitaorang menginap di homestay kat sini.
Begini la kualiti gambar dari kamera canggih den huhuhuhuhu
Groundwater tubewell
Kat sini baru la terjumpa dengan orang lain yang berjogging, berbasikal, walking the dogs, etc.

Den share kan gambar-gambar yang sempat diabadikan semasa kitaorang dok berjimbaan di Applecross Area nih ye.
Nantikan album kami yang terbaru ye hehehehehheeh
Memang sakan cuci mata tengok rumah cantik-cantik kat sini.
Majoriti laman rumah kat sini ada ditanam dengan pokok lemon yang dok sakan berbuah masa kitaorang kat sini. Tuan rumah kitaorang tanam juga pokok lemon tapi tak berbuah la pula. Kitaorang tunggu la juga kot-kot ada orang keluar dari rumah-rumah cantik tuh untuk minta lemon barang sebiji dua tapi orang kat sini tak tau la bilanya diaorang keluar rumah sebab sunyi sepi je, tak jumpa orang pun.
Lebat sungguh lemon berbuah
Sempat juga kitaorang tumpang bergambar kat laman kat rumah yang cantik-cantik ni.
Tak sure la tempat nih rasa best sebab cuaca dia 17C dan kitaorang melancong kat sini atau memang tempat nih best untuk bermastautin sebab tenang sangat.
Serious cantik Applecross Area ni.

0 Comments