Kings Park and Botanic Garden merupakan taman yang menempatkan monument (state war memorial) termasuk senarai nama rakyat lelaki dan wanita Australia Barat (Western Australia) yang terlibat di dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua.
Banyak tempat menarik yang tersempat nak pergi semuanya huhuhuhuhu
Dah namanya botanic garden dah tentunya dipenuhi dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan yang mana bila kita datang waktu spring dapat la tengok pelbagai jenis bunga bewarna-warni dan kawasan lapang yang kita boleh bergolek-golek kalau nak ambil gambar heheheheheehe.
Ada banyak benda lagi kat sini yang kitaorang tak tersempat pergi pun macam Bali Memorial, Fraser Avenue dan macam-macam tempat yang boleh dibaca di Wikipedia ye.

Kitaorang banyak bergambar sekupang dua di kawasan taman dan State War Memorial je la pun.
Antara gambar lompatan pertama kitaorang di Perth


Ada juga walkway, café, souvenir shop, etc kat sini yang tak sempat pun kitaorang nak singgah.
Dari Kings Park and Botanic Garden nih juga, kita boleh nampak pemandangan bandar Perth dari atas gittew. 
Walaupun kamera tak semenggah, gaya nak mengambil gambar tuh yang penting hehehehehehe
Memang kawasan nih cantik dan sesuai sangat untuk bergambar.

Nak berkelah sambil berehat-rehat pun boleh juga.

Kalau dapat tengok matahari terbenam kat sini sure cantik juga kan.

Kalau ikut macam-macam benda yang boleh diexplore di sini, mau paling kurang half day juga tuh sebab tempat yang best untuk bersantai dan relaxing. Nak puas hati rasanya kena spend sehari suntuk kat sini.

#In sya Allah kalau bawa kiddos ke sini boleh bagi diaorang main kat 2 playgrounds kat sini terutamanya Synergy Parkland (ada dinosaurs lagi kat sini) dan mungkin memanjat DNA Tower. Semua tempat nih kitaorang tak pergi pada trip kali ni.

0 Comments