Perth Day 1

Kings Park and Botanic Garden - Blue Boat House - West Australia University - Coles - South Perth Foreshore - lunch di Makan-Makan Café - Jalan-jalan di tepi Applecross Area

Kita sambung semula cerita tentang Perth yang den harapkan dapat disiapkan sebelum kita semua menyambut tahun 2019 hehehehehehe. Doakan den rajin nak memerah otak mengingatkan semula apa yang dah berlaku kat Perth ye.

Kitaorang sampai kat Perth Airport subuh-subuh sapie. 

Disebabkan kitaorang tak bawa banyak bahan mentah, makanya sekejap je la urusan di kastam airport tuh.

Lepas gosok gigi dan basuh muka terus je berjumpa dengan travel agent kitaorang iaitu PerthBeeHuntTravel yang telah sedia menanti di pick up point.

Tak reti nak cerita apa sebenarnya sebab hampir semua tempat tuh kitaorang hanya singgah untuk tengok pemandangan dan ambil gambar je. Makanya den share je la gambar-gambar yang kitaorang ambil kat semua tempat nih untuk kenangan ye.
Sakan melompat di sana sini kat Perth ni. Nih di Kings Park and Botanic Garden
Terus je pergi breakfast kat satu tempat yang tidak la den ketahui namanya tapi kedai makan tuh duduk dalam satu bangunan dengan tempat senaman. Tiada gambar diambil di sini kerana semuanya masih menyol-menyol lagi baru lepas flight 5 jam + blur-blur sebab tak mandi lagi terus berjalan hahahahahaha.

Restoran kepunyaan orang Malaysia makanya breakfast pun macam kita makan kat Malaysia. Ada karipap, lontong, etc.
Nih je gambar semasa breakfast yang sempat diambil sebab masih lalok-lalok lagi
Lepas breakfast, bermula la aktiviti berjimbaan pada hari tersebut di 4 tempat sebelum shopping groceries di Coles dan late lunch di Makan-Makan Café yang merupakan restoran orang Malaysia juga. Dapat la lunch nasi campur gittew.

Disebabkan hampir semua tempat kat Perth nih tutup pukul 530 petang makanya by 5.00 pm, kitaorang dah masuk check in di homestay yang terletak di kawasan Applecross. Serious cantik-cantik rumah kat sini dan sepelaung dari Swan River.

Lepas letak je bag kat homestay kitaorang terus je berjalan-jalan kat taman di tepi sungai berdekatan homestay tuh. Memang berbaloi berjalan-jalan kat sini sebab pemandangan yang cantik + kitaorang dapat ambil gambar yang molek-molek di sini hehehehehehe.

Lepas sakan bergambar di sana sini sambil menahan kesejukan, balik la semula ke homestay. Lepas masak dinner di dalam kesejukan walaupun homestay tuh ada heater, kitaorang makan dan lepak tengok televisyen sampai lebam sebelum tidur pengsan.

2 comments:

  1. teringin nak ke Perth cuma duit blom cukup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah ada rezeki nanti Abam Kie. Untuk trip nih yang saya pergi seorang tanpa family pun mengambil masa setahun untuk menabung. Kalau pergi dengan family sure lama lagi masa yang diperlukan untuk mencukupkan bajetnya tu.

      Delete

Powered by Blogger.