Kailis' Fish & Chip, Perth

Selepas minum kopi hipster harga yang sebenarnya tak beberapa nak mampu milik tuh, kitaorang terus je ke Kailis' Fish & Chip yang merupakan restoran yang wajib dikunjungi kalau ke Perth khabarnya. Kalau pergi Perth tak singgah makan di sini, macam tak lengkap gittew.
Rezeki kitaorang masa sampai kat sini restoran masih lengang. 

Makanya bersantai-santai aje la kitaorang memilih menu dan memilih tempat duduk.
Disebabkan den pernah makan fish and chips di London yang portionnya bapak besar sampai tak habis makan walaupun telah dipaksa untuk telan jua sampai nak termuntah, makanya den cadangkan supaya kitaorang beli 3 set aje la fish and chips di sini. Kalau tak cukup kita tambah kengdian gittew.

Mujur sangat beli 3 set fish and chips sahaja sebab memang portion nya besar nak-nak lagi chips nya tuh, gedabak sungguh. Itu pun jenuh kitaorang berempat nak menghabiskannya. Kentang goreng tuh memang tak habis sudahnya.
Sila bawa sos cili tau sos tomato sendiri dari hotel/homestay tau sebab sos cili kat restoran ni kena bayar asing. Mujur la tour agent kitaorang bawakan sos cili untuk kitaorang, so takde la kena beli sos cili di situ.

Makan fish and chip wajib la ada sos cili lagi-lagi kalau nak cicah fries tuh ha. Kalau tak macam tak tertelan je rasanya.

Mohon jangan ditinggalkan biar berpaling sedetik cuma kalau makan fish and chip di ruang luar/jeti/pelantar restoran tuh ye sebab burung camar yang pulang tuh dengan begitu cemerlang sekali akan merembat fish anda dan membuatkan anda terkebil-kebil melihat fish and telah hilang dari pinggan.
Rupa innocent nih tapi sakan merembat makanan orang
Masa kitaorang makan tuh, memang ada kejadian burung camar mencilok fish di pinggan seorang customer di depan mata. Sedih ye sebab dah bayar AUS$15 atau RM45 untuk sepinggan fish and chips, tak sempat nak merasa walau secubit dah jadi rezeki burung camar tuh.

Ada je la seafood lain selain fish and chips di sini macam lobster, ketam, udang, etc tapi antara tergamak ke tidak kita nak membayar harganya je la ye. Kalau den makan lobster tuh den dah macam kena balik terus ke Malaysia sebab habis terus duit untuk makan dan berjimba selama 4 hari hari di sini sebab bapak mahal.
Lepas makan di sini jangan lupa bergambar ria ye sebab pelantar dan restoran nih menyajikan view yang sangat cantik untuk kita rakamkan buat kenangan.
Gembira dapat bergambar dengan pencilok makanan
Rasa fish and chips nya biasa je sebenarnya (ikut tekak den la), boleh jumpa kat restoran kat Malaysia pun tapi view dan pelantar yang menempatkan restoran tuh yang special di sini.

Kalau dah memang datang ke Perth, sila la singgah ke sini sebab macam kita ke Kuala Sepetang Perak la, kalau tak singgah makan mee udang Mak Jah, macam tak lengkap je sesi berjimbaan kita di situ hehehehhehe.

3 comments:

  1. Hehhehee.. betul tu fish & chip dia biasa2 je.. kami ada jumpa fish & chip yg sedap masa kat NZ.. nantilah sy cite dlm travelog eh.. hehhee.. doa2kan siap travlog tu.. 😂😂😂 tapi kat sana wajib cuma makan kat Charcoal Chicken kat Daniella.. lamb dia tersangatlah sedap! Kami siap repeat 2kali kat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud saya kat Perth tu wajib cuba Charcoal Chicken.. ada try tak makan kat situ?

      Delete
    2. Ha....kitaorang makan di Charcoal Chicken tuh tapi makan ayam je. Kena la repeat Perth lagi gamaknya ye sebab nak kena rasa lamb dia yang tersangat sedap tuh

      Delete

Powered by Blogger.