Dreams have power only over your own mind. But with money you can have power over the minds of others”.
 

Dah lama den beli buku Q & A yang diterbitkan pada 2005 ni tapi tak berkesempatan nak baca.

Slumdog Millionaire movie pada tahun 2008 merupakan salah satu movie terbaik sepanjang zaman yang pernah dihasilkan.

Movie tersebut adalah merupakan loose adaptation daripada buku ini.

Biasanya kalau movie yang diadaptasi daripada buku memang la akan kurang sedikit di sana sini disebabkan oleh perincian di dalam buku yang boleh dibuat sedalam mungkin dan movie perlu cut here and there bagi mematuhi waktu tayangan yang telah ditetapkan.

Karakter utama di dalam buku ini adalah Ram Mohammad Thomas yang bersahabat dengan Salim yang juga merupakan sepupunya. Towards the end of the book, baru timbul kisah cinta dia sedangkan di dalam movie kisahnya berkisar tentang hubungan Jamal dan abangnya Salim serta rasa cintanya kepada Latika sejak mereka kanak-kanak lagi.

Dalam movie, ada sembilan (9) soalan yang ditanya kepada Jamal bagi beliau memenangi 1 juta. Dalam buku ada tiga belas soalan (13) soalan yang ditanya kepada Ram Mohammad Thomas.

Setiap soalan yang ditanya yang membawa kepada hadiah 1 billion merupakan soalan-soalan yang jawapannya diketahui oleh Ram Mohammad Thomas berdasarkan perjalanan hidupnya yang penuh cabaran dari dia baby sampai la dia menyertai kuiz tersebut. Namanya sendiri adalah sebegitu kerana tidak pasti ibu bapanya beragama apa sebab dia ditinggalkan di rumah anak-anak yatim selepas dilahir.

Secara ringkasnya, 13 soalan yang ditanya adalah berkaitan dengan perkara di bawah:

1,000 The Death of a Hero.
2,000 The Burden of a Priest.
5,000 A Brother's Promise.
10,000 A Thought for the Crippled.
50,000 How to speak Australian.
100,000 Hold on your Buttons.
200,000 Murder on the Western Express.
500,000 A Soldier's Tale.
1,000,000 Licence to Kill.
10,000,000 Tragedy Queen.
100,000,000 A Love Story.
1,000,000,000 The Thirteenth Question

Kalau nak tau apa 13 soalan yang ditanyakan serta jawapannya kena la baca sendiri buku ni hehehehhhehehe.

Selepas membaca buku Q & A ni, den boleh katakan tema bagi buku dan movie adalah agak berbeza dan mempunyai kekuatan yang tersendiri tetapi of course den lebih suka jalan cerita di dalam buku ini.

Kalau korang minat dengan Slumdog Millionaire movie, korang akan pasti lebih suka dan terpesona dengan buku Q & A ni. Serious sangat menarik dengan jalan cerita yang meruntun hati tetapi dalam masa yang sama buat kita rasa bersemangat sebab Ram Mohammad Thomas sentiasa tak berputus asa di dalam meneruskan kehidupan walaupun macam-macam dia kena lalu dalam hidupnya.

Den juga rasa kita semua pun ada peluang nak menang 1 juta ke 1 billion ke kalau semua soalan yang ditanyakan memang kita boleh dapat jawapannya berdasarkan pengalaman hidup kita hehehehheehe.

0 Comments