Astaka Morocco Putrajaya

Ni adalah cerita November 2018 lepas.

Sejak-sejak den tau tentang kewujudan Astaka Morocco di Putrajaya rasanya pada tahun 2017 lagi, den memang ada memasang hajat nak melawat ke tempat ni sebab nak tengok senibina Morocco di Morocco tuh sendiri entah bila la gamaknya kan.

Tapi hasrat nak melawat Astaka Morocco di Putrajaya ni asyik tergendala je. Ada hari yang den dan family pergi dah ianya ditutup sebab ada lawatan rasmi daripada delegasi mana entah, sesat jalan tak jumpa cari jalan masuk padahal Putrajaya je kot kan (pusing-pusing kat situ je) dan ada sekali tuh kitaorang pergi Astaka telah tamat tempoh operasi.

Ha….kalau memang takde rezeki tuh macam-macam la jadinya kan.

Alih-alih ada satu hari yang den ada urusan di Putrajaya, tiba-tiba plak kitaorang ada masa nak ke Astaka Morocco padahal kitaorang takde plan pun nak ke sana.

Comel lote je Astaka Morocco ni. Kalau kita memang bukan spesies setiap spot pun nak berOOTD atau bergambar, rasanya dalam 30 minit selesai la lawatan ke Astaka Morocco yang merangkumi kawasan yang percuma dan juga kawasan yang perlu dibayar untuk memasukinya.
Astaka Morocco ni ada 2 bahagian. 1 bahagian adalah kawasan yang ada senibina yang kita boleh tengok secara percuma. Kat sini kita memang boleh bergambar sakan. Kat sini takde maklumat apa pun, just bangunan dengan senibina Morocco yang sangat cantik, unik dan berseni yang memang sangat sesuai untuk photoshoot.
Kat sini yang ramai ambil gambar konvo, gambar pre-wedding, etc. Masa kitaorang melawat ke Astaka Morocco ni, ada sekumpulan graduan tengah mengambil gambar bersama jubah konvo.

Den rasa kat sini yang paling cantik pun nak ambil gambar.

Kawasan kedua adalah kawasan berbayar RM3/seorang. Di kawasan ni ada 4 bilik yang menempatkan senibina Morocco dan disertakan sekali dengan beberapa maklumat yang berkaitan dengan senibina tersebut.

Di kawasan berbayar ni, memang tidak dibenarkan untuk bergambar langsung. Kalau nak bergambar walaupun hanya menggunakan smartphone, kita kena bayar RM1200.

Den tak pasti la kan kenapa nak kenakan bayaran sebegini sekali sebab kawasannya kecil dan takde gambar apa sangat pun yang diambil.

So kalau korang datang just nak bergambar, kawasan Astaka Morocco yang percuma tuh pun dah cukup okay. Kawasan yang berbayar tuh walaupun bayarannya murah, takde la apa sangat pun.

Cuma sayangnya Astaka Morocco ni macam tidak diselenggara dengan sempurna. Masa kitaorang pergi, kolam-kolam yang ada dah berkeladak, kolam dan sesetengah binaan ada yang berlumut-lumut dan ada marmar yang telah tercabut-cabut. Ada 1 bilik di dalam kawasan yang berbayar tuh berbau hancing, tak pasti kucing kencing atau ada tikus mati ke apa.

Den rasa sesiapa yang bertanggungjawab ke atas pengurusan Astaka Morocco memberikan penekanan terhadap aspek penyelenggaraan di sini sebab macam segan pula ada tempat menarik untuk riadah di Putrajaya, Pusat Perkhidmatan Kerajaan Persekutuan tetapi tidak dijaga dan diuruskan dengan elok.

Astaka Morocco nih terletak di sebelah tasik dan taman di Presint 1, Putrajaya. So di samping melawat Astaka Morocco tuh itself, kita sekeluarga boleh juga bersiar-siar dan bersantai mengambil angin di sini. Serious nyaman sangat suasana kat sini. Kalau nak berkelah pun macam okay je den rasa. Anak-anak den sakan la dok berlari ke hulu ke hilir di tepi tasik ni. 
Waktu operasi Astaka Morocco adalah seperti berikut ye:

Isnin, Rabu - Ahad : 9 pagi - 12 tengahari dan 2 petang hingga 5 petang. 

Selasa : Tutup

4 comments:

  1. cantik kan.. lama da x pi sana. rasanya lama gillaaaa x meronda Putrajaya.
    dulu rajin gak balik kg pegi meronda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sangat tapi tuh la sayang tak dimaintain dengan elok. Putrajaya banyak tempat menarik kan? Sarie yang duduk dekat nih pun x sempat meronda lagi di Putrajaya

      Delete
  2. I yang duk Putrajaya pun jarang pergi ke situ. Sekali je kot pernah. Hehehe. Tapi memang cantik la senibina dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuh la sesuai untuk siapa yang suka bergambar tempat ni

      Delete

Powered by Blogger.