Hotel Seri Bernam, Sabak Bernam

Awal Disember lepas kitaorang ada urusan di Perak tapi disebabkan tergedik-gedik bergerak dari Shah Alam, makanya sampai di Sabak Bernam pun dah maghrib dan buong pun dah tak larat nak drive. Makanya kita booking je la hotel bajet apa yang available dengan harga mampu milik through Agoda.

Kitaorang pilih Hotel Seri Bernam nih di samping harganya paling murah, ia juga terletak di sebelah KFC dan sebuah kedai jualan macam-macam barang (daripada pakaian, peralatan rumah, mainan, etc).
Patutnya cuba la kan makan food yang best di Sabak Bernam tapi disebabkan kitaorang dah penat sangat, makan KFC pun okay je la asalkan tak perlu keluar jauh dari hotel gittew. Tapau KFC makan di bilik hotel je senang.

Kemudahan yang tersedia di Hotel Seri Bernam nih memang okay sangat bagi den.

Hotel yang kemas dan bersih.
Ada menyediakan perkhidmatan lif dan kawasan tempat letak kereta terbuka yang banyak.

Bilik hotel yang sederhana besar dan bersih.

Siaran televisyen walaupun bersemut-semut gambarnya tapi masih boleh ditonton.

Yang paling penting katil dan bantal yang empuk serta bersih serta bilik air yang mempunyai water heater yang berfungsi. Ini kriteria paling utama untuk den sekeluarga.
Ada juga disediakan 2 botol air mineral yang diletakkan di atas meja solek. 

Ada sebuah almari yang old school gila tapi masih berfungsi dengan baik.

Yang kureng sedikit pada hotel nih adalah free wifi nya tak terconnect sampai ke sudah hehehhehehehe.

Hotel yang sempoi dan sesuai sekiranya kita tiba-tiba perlukan penginapan yang murah di Sabak Bernam.

Masa kitaorang check out, hotel bagi kitaorang free calendar kuda 2019. Den la yang paling happy sebab calendar kuda adalah antara benda yang den paling suka.

Hotel yang bersih dan mampu milik in case sesiapa tercari-cari hotel di Sabak Bernam k.

No comments:

Powered by Blogger.