PASANGAN (Nadi Komuniti di Pinggir Sungai atau Pulse of A Riverine Community) oleh Siti Norasiah Abd Kadir

12:13
Pernah tak korang jatuh cinta dengan buku yang agak ilmiah selepas membaca muka surat pertama buku tersebut?

Buku ilmiah tau. Bukan novel cintan cintun bagai.

Itu yang berlaku pada den apabila kali pertama I laid my eyes on PASANGAN (Nadi Komuniti di Pinggir Sungai atau Pulse of A Riverine Community) coffee table book oleh Siti Norasiah Abd Kadir.

Buku dwi-bahasa yang diolah dan disusun dengan begitu indah dan sangat mudah difahami membawa kita mengimbau kenangan di kala sungai masih jernih dan dekat di hati penduduk setempat dan betapa sememangnya sungai adalah nadi atau sangat precious dalam kehidupan kita.

Buku yang mempunyai pelbagai rencah cerita yang berkaitan dengan sumber air yang menyumbangkan 60% bekalan kepada Negeri Selangor iaitu Sungai Selangor.

Ada pelbagai coretan cerita, sejarah, puisi, sajak, peta, lakaran, etc yang memang mengusik jiwa di dalam buku ini.

Cerita legenda (buaya, ketam dan air pasang surut, naga dan Pulau Derhaka) seumpama fairytales versi orang kita. Setanding dengan fairytales Disney tau.

Perkongsian resepi tradisi masakan Melayu (masak lemak pucuk geti, sambal belacan belimbing buluh dan putat dan gulai pisang, tepung gomak berinti durian) mengharamkan kiraan kalori sebab semuanya adalah sangat mengecurkan air liur.

Den tak tau pun tentang kewujudan sambal berembang sebelum baca buku ni. Kena cuba kalau ada kesempatan nanti.

Hubungan air dan agama dibawa melalui kisah Kenduri Syaaban, Thaipusam, etc.
Den baru tau kalau nak menyemat atap nipah dan rumbia, tali untuk menyemat atap tersebut adalah dari pokok bemban dan tulang belakang (mengkawan) atap adalah dari batang buluh atau batang pinang.

Pernah dengar tak tentang atap lalang? Ha...dalam buku ni ada cerita pasal atap ni.
Den belajar sepintas lalu kegunaan pelbagai spesies kayu seperti cengal, beluti, cenderai, bertam, etc dari buku ni.

Kayu nibung boleh bertahan sehingga 100 tahun. Hebat kan?

Seni pembuatan sampan lepap dan lunas yang jarang ditemui sekarang ini.

Aktiviti membelat ikan samada belat aur dan belat pantai yang bermain dengan paras air sungai.

Permainan dabus dan tariannya seolah-olah mendayung sampan.

The Art of Mendayung memberikan tips untuk mendayung yang nampak macam mudah secara teorinya tapi nak tau tahap kesukarannya macam mana, kena la mempraktikkannya di lapangan.

Kepelbagaian spesies fauna yang terdapat di Mukim Pasangan seperti burung, tuntung, monyet, lotong, etc juga diabadikan di dalam buku ini.

Tak sah kalau tak bercerita tentang keunikan dan keindahan kerdipan si kelip-kelip, Pteroptyx tener apabila membicarakan tentang Mukim Pasangan, Kuala Selangor. A must see and experience in Kuala Selangor k.
Masalah pembuangan sampah sarap di dalam Sungai Selangor yang sekiranya tidak dibedung akan memudaratkan semua yang bersangkutan dengannya termasuklah kita sebagai pengguna sumber air tegar.

Program yang melibatkan penglibatan sukarelawan komuniti setempat di dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan Sungai Selangor seperti:

1. Mangrove and berembang trees replanting program;

2. Rakan Alam Sekitar Masjid; dan

3. Kelab Alami KAWA.

Semua cerita komuniti setempat dan perkaitannya dengan air dilengkapkan dengan pelbagai gambar of the real people immerse with the nature especially Sungai Selangor itself.

Boleh den katakan coffee table book setebal 247 mukasurat yang dibuat daripada hati selepas penyelidikan selama 1 tahun setengah berjaya menyampaikan pelbagai cerita unik dan menarik daripada hati komuniti setempat ini sememangnya akan menyentuh hati sesiapa sahaja yang membacanya. 

PASANGAN coffee table book ini den boleh andaikan sebagai bacaan wajib kepada semua pencinta sungai dan wajib juga berada di perpustakaan di seluruh Malaysia. Sajak juga dijadikan sebagai kajian kes kepada subjek alam sekitar di mana-mana institusi pengajian tinggi.

Sebagai orang yang terlibat secara langsung dengan pemeliharaan dan pemuliharaan Sungai Selangor, den nak merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada team yang menghasilkan coffee table book yang terbaik kualiti dan intipatinya. You guys really did it from your heart. 

Den harap ada buku seumpama ini lagi akan dihasilkan di masa hadapan sebab ianya memang super interesting and really touch your heart.

Sebagaimana kesimpulan buku ini, sememangnya bagi memastikan mana-mana sungai terpelihara dan terpulihara, kombinasi usaha komuniti setempat + pelbagai organisasi + polisi + kajian saintifik serta teknologi adalah saling berkait rapat.

One of the best book I ever read in my life. 

The first book I read in 2019 di dalam misi membaca 41 buah buku pada tahun 2019 nih hehehehehe.

No comments:

Powered by Blogger.