Sky Mirror, Kuala Selangor

Nih cerita Oktober 2018.

Sejak-sejak Sky Mirror nih viral, memang ada rasa berangan nak pergi tapi tak pernah berkesempatan padahal kawasan ni sepelaung kot dari rumah emak mertua den.

Tapi disebabkan den tau buong dan kiddos tak minat aktiviti bergambar ria, makanya den decided nak pergi ke sini bersama kawan-kawan sepejabat. 
Gembira sangat semua nih dok bercanda
Setelah menyemak jadual air pasang surut air laut, kitaorang dah pilih tarikh yang sesuai untuk ke Sky Mirror dengan semua urusan disettlekan oleh Kuala Selangor nature tour guide iaitu Encik Eddie Malek, bermula daripada pilihan tarikh yang bersesuaian, pembelian tiket, etc.
Kalau nak contact Kuala Selangor Nature Tour Guide yang sangat berdedikasi dan ramah serta rajin melayan, boleh contact Encik Eddie Malek di +6012-4064712.

Bayaran tiket masa kitaorang pergi tuh adalah RM 60/seorang merangkumi bot pergi dan balik, crew mengambil gambar kita dengan jayanya dan semua gambar yang dihantar kepada handphone kita.

Perjalanan dari jeti untuk sampai ke kawasan Sky Mirror tuh akan mengambil masa lebih kurang 40 minit menaiki bot yang mana semua orang wajib pakai life jacket ye.

Bila sampai je ke kawasan Sky Mirror tuh, crew akan mengambil masa lebih kurang 15 - 20 minit untuk set up set fotografi untuk kita. Masa nih kita berehat-rehat je la sambil mengambil ambil ikut suka hati walaupun gambar kita ni tak akan come out secantik gambar yang crew ambil.
Gambar daripada kamera sendiri yang kelabu asap je huhuhuhuhu
Masa kitaorang ke Sky Mirror nih, cuaca agak mendung so masa untuk set up akan lama sedikit dan gambar-gambar yang terhasil pun kurang cun huhuhuhuhuhu (macam kena repeat la gamaknya ye). 

Gambar memang akan paling cantik kalau cuaca adalah terang dan langit cerah. 

So ini kira rezeki la ye. Kalau masa kita pergi cuaca cun, maka super cun la gambar kita. Kalau kita pergi masa cuaca mendung macam masa kitaorang pergi, makanya redho je la kalau gambar kurang cun walaupun telah diedit sehabis baik hehehehehehehe.
Encik Eddie Malek yang kiri sekali tuh ye
Mary Poppins
Saturday Night Fever gittew
Dah macam aksi pertempuran filem kungfu dah. Dah boleh jadi extra untuk filem Donny Yen ni.
Paris I am in love
Disebabkan aktiviti kita di Sky Mirror nih bergantung penuh kepada jadual air pasang surut air laut, makanya kita akan ada masa yang sangat terhad untuk bergambar k. So gunakan sepenuhnya masa yang ada untuk membuat pelbagai aksi bergambar. Nak melompat, baring, etc semua boleh tapi within stipulated time ye.

Crew akan sediakan pelbagai props untuk kita bergambar. Tapi kalau kita ada props yang unik, etc yang kita nak bawa untuk bergambar sekali, no problem je.

So aktiviti kat Sky Mirror nih hanya bergambar ria ye. So just go with the flow k.

Boleh je beli topi, selipar, makanan, souvenirs, etc di kedai di jeti Sky Mirror ni sebab harganya setakat ni mampu milik ye.
Antara barang-barang yang terdapat di kedai yang ada di jeti Sky Mirror ni

4 comments:

  1. Wah! Bestnya. Ok kak sarie, if nak repeat lagi, silalah ajak saya ye. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh boleh....kita buat pemantauan dan pensampelan air di Kuala Selangor nanti k hehehehehehehehe

      Delete
  2. I orang kuala selangor pun x pernah pergi lagi Sky Mirror ni. Hehehe.. Memang ada pakej crew ambik gambar sekali ke. Berapa caj dia ea.. Banyak jugak prop yang dipakai. Cantik2 gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayaran tiket tuh dah merangkumi bot, crew mengambil gambar dan gambar yang akan dihantar kepada handphone kita. Masa ksarie pergi harga tiket RM60 seorang.

      Delete

Powered by Blogger.