Tips untuk ke Sky Mirror, Kuala Selangor

Antara tips yang den rasa penting selepas sesi berjimbaan den ke sana:

1. booking ticket awal;

2. wajib sampai awal semak sebelum waktu berlepas sebab perjalanan dan aktiviti sangat bergantung kepada jadual pasang surut air laut;

3. pakai selipar jepun je sebab kita akan tinggal selipar nih dalam bot nanti;

4. simple breakfast sebelum naik bot k. Ada je kedai jual roti, etc berdekatan jeti Sky Mirror ni. Even kedai di jeti nih pun ada je jual makanan ringan dan air;

5. bawa topi yang boleh lipat-lipat tapi kalau tak bawa boleh je beli kat kedai di jeti. Den beli topi lipat-lipat kat kedai ni dengan harga RM 10 je. Okay la kan?;

6. boleh je beli topi, selipar, makanan, souvenirs, etc di kedai di jeti Sky Mirror ni sebab harganya setakat ni mampu milik;

7. bawa shawl atau selendang atau kain ropol-ropol sebab gambar akan lebih cantik bila shawl, etc tuh melayang-layang ditiup angin, etc;

8. pakai pakaian atau dress yang beropol atau beralun bagi tujuan gambar yang lebih cun. Sila dress up gittew;

9. boleh je bawa kiddos ke sini. Sementara crew nak step up kawasan untuk kita bergambar, diaorang boleh je berlari ke hulu ke hilir di kawasan beting pasir tuh; dan

10. ambil je gambar sebanyak mana yang boleh k sebab yang pastinya gambar daripada kamera crew juga yang akan cantik meletops. 

Tuh je la kot tips yang den sempat terfikir.

Kalau nak contact Kuala Selangor Nature Tour Guide yang sangat berdedikasi dan ramah serta rajin melayan, boleh contact Encik Eddie Malek di +6012-4064712.
Saturday Night Fever babeh

2 comments:

  1. ni dalam list tapi itula tu nak mencari waktu yang sesuai nak terjah dengan kwan2 tu susah sket. biasa la da plan.. senyap sepi gitu ja hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....biasa sangat dah tuh plan tapi tak jadi hehehehehe. Nih pun berjaya ke sini setelah 3 kali plan

      Delete

Powered by Blogger.