Mencari Semangat Yang Hilang

12:47
Tajuk macam kronik je kan tapi sebenarnya nak cerita masih berusaha mencari-cari semangat nak menulis blog yang telah hilang bersama cuti panjang sempena raya cina hari tuh hehehehehehe.

Saban tahun pun memang macam tuh perangai den, asal ada je cuti panjang, memang akan mengambil masa untuk mula menulis semula di blog sebab bila dah mula bermalas-malasan, makanya ianya akan berlarutan dengan jayanya.

Banyak je perkara yang nak dicoretkan di blog ni untuk kenangan tapi tuh la kan, nak start semula engine menulis semula tuh yang sempat-sempat nak buat sebab dok lagho dengan macam-macam hal hhehehehehe.

Asal nak cuba menulis je mesti la akan terpesong perhatian kepada benda lain.

Minggu lepas memang dah plan nak menulis bersungguh-sungguh tapi dah terleka dengan drama series The Americans plak dah. Konon-kononnya nak tengok satu episode je tapi end up dah tertengok the whole Season 1 plak dah huhuhuhuhu.

Even buku pun dah letak kat tepi dok lagho entah apa-apa ni.

In sya Allah den akan cuba update blog ni sedaya mungkin k.

Wish me luck yar.

2 comments:

  1. fuuuh fuuuuh nah CT jampi dari jauh kasi mai seru itu semangat =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheeehhehe thanks lots CT. Nak menulis sempoi-sempoi pun takde semangat. Nak menulis macam Siti yang begitu detail, teliti dan informative tuh memang la lagi tak dapat hehehehehe

      Delete

Powered by Blogger.