Ed Sheeran Divide Tour 2019. 13 April 2019. Stadium Nasional Bukit Jalil. Part 1

12:48
Perfect.

Itu la kesimpulan untuk Ed Sheeran Divide Tour 2019.

Ed Sheeran.

Suara Ed Sheeran nya dah memang perfect. Macam telan kaset. 

Walaupun den tak sempat hafal sebuah pun lagu dia tapi tetap la juga den enjoy dengan persembahan Ed Sheeran.

Mamat nih memang sempoi habis k. Dia seorang je di atas pentas dengan sebiji gitar. Dia pakai tshirt putih dan seluar jeans. Tuh je k. Takde rambu ramba bagai. Takde back up singer. Takde asap berkepul-kepul ke, takde props, etc. Memang hanya seketul Ed Sheeran di atas pentas yang memukau semua orang dengan suaranya yang lunak merdu selama 2 jam non stop k. Bakat macam nih tak semua orang ada k. Ed Sheeran is definitely one of the finest singer around today.
Setiap kali lepas menyanyi dia akan teguk air dan sembang sekupang dua dengan penonton serta tukar gitar sebelum sambung menyanyi semula. 

Memang macam down to earth gila mamat sorang ni (kalau kita baca orang yang pernah kenal dia memang cakap dia nih molek perangai, berbudi bahasa). Macam sesuai je nak dibawa balik jumpa mak ayah sebagai calon menantu hhehehehehe but he is taken yar.

Sempat dia buat lawak. Katanya ada 3% penonton yang datang tengok konsert ni adalah sebab terpaksa. Ada 2 kumpulan kata dia:

1. The reluctant boyfriend - katanya kumpulan ni terpaksa temankan girlfriend diaorang walaupun depa tak pernah ambil tau pun pasal lagu-lagu Ed Sheeran atau depa rasa Ed Sheeran ni poyo je hehehhehehe. Tapi disebabkan sayang pada girlfriend, pakwe-pakwe ni seret la kaki depa ke konsert ni.

2. The superdad - yang mempunyai anak-anak remaja atau anak-anak di bawah 12 tahun yang memerlukan kehadiran parents untuk depa boleh attend konsert ni.

Sempoi habis. Nyanyi sambil lap peluh, garu muka bagai hehehehhehe.

Sebelum dia nyanyi 3 lagu terakhir, dia tukar baju pakai baju Harimau Malaya hehehhehehe comel je.
Bersama baju Harimau Malaya
Ed Sheeran yang menjana pendapatan US$110 juta pada tahun 2018 (sumber Forbes) ni tak payah nak dicerita lebih-lebih sebab suara dia memang mantop.

Walaupun stage dia jauh gila dari seating area yang mana den akan ulas dalam part 2 nanti tetap la juga den rasa berbaloi datang ke konsert ni sebab Ed Sheeran combinekan lagu-lagunya secara harmoni, ada part yang dia prolong kan, etc yang serious superb dan ohsem. 

Of course boleh je kita tengok semua nih kat youtube tapi feeling bila dalam konsert memang berbeza k. Bila dia main gitar dengan tekan satu pedal kat lantai tuh, getarannya memang sampai kepada audiens ye.

Persembahan dia memang outstanding dan perfect.

PS Ada orang tanya den macam mana den nak pergi konsert yang den tak hafal barang sebuah pun lagunya hehehhehehe. 

Sebenarnya masa den beli tiket konsert ni pada bulan Februari 2019 den memang plan nak hafal lagu-lagu popular Ed Sheeran yang den dah biasa dengar tapi tak terasa nak hafal. Den bajet cukup la kot kan 2 bulan nak hafal paling kurang 5,6 buah lagi but life happened. Busy nak matey macam-macam hal makanya pagi hari konsert berlangsung baru la den dok dengar 5 buah lagu dia hehehehhehehe.

One Ok Rock

Opening act Bonus oleh One OK Rock dengan 7 buah lagu untuk 45 minit memang best.

Den mampuih tak kenal sapa depa ni tapi dikhabarkan sebagai kumpulan popular dari Jepun. 

Sedap-sedap juga lagu ballad depa ni. Tapi bila depa nyanyi lagu rock dah ala-ala Metalicca, langsung nak tercopot jantung den. Penyanyinya pun handsome tapi of course la anak-anak ikan depa ni.

Lepas konsert baru la den tau yang ada audiens yang datang untuk tengok persembahan One To Rock, bukannya Ed Sheeran. Baru la den tau depa ni popular rupanya.
Den ambil dari internet je la gambar depa ni sebab gambar yang kat konsert memang majoritinya blur
Verdict

Ed Sheeran Divide Tour 2019 ni memang berbaloi bagi den sebab dengan harga tiket yang separuh daripada Konsert Bruno Mars, den dapat tengok performance oleh 2 artists. Ala-ala 2 in 1 gitu. Beli tiket Konsert Ed Sheeran dapat tengok One To Rock sekali camtuh la.

2 jam solid untuk show Ed Sheeran dan 45 minit untuk show One Ok Rock dengan harga tiket camtuh memang den rasa okay sangat dah.

Disebabkan den cuma pernah pergi 3 konsert sepanjang hidup den yang melibatkan artis antarabangsa (Bruno Mars - Mei 2018, Mariah Carey - September 2018 dan Ed Sheeran - April 2019), den rasa memang okay je konsert Ed Sheeran ni cuma terkilan stage jauh sangat sampai nampak Ed Sheeran macam semut je. So memang macam mana den zoom pun, gambar-gambar yang diambil tak sharp. Haish. Tapi den banyak enjoy the performance daripada ambil gambar dan video.

In sya Allah den akan cerita dalam Part 2 apa yang tidak perfect dengan konsert ni k dan ianya tak melibatkan Ed Sheeran atau One Ok Rock langsung tapi 100% tentang cara penganjur PR Worldwide mengendalikan konsert ni.

No comments:

Powered by Blogger.