Den sanggup beli buku ni walaupun tajuknya yang macam tuh dan harga dia agak terpleot sebab ia merupakan buku karya Rani Manicka.

Den jarang sangat nak beli buku yang tajuk Lover bagai ni sebab den tak beberapa suka sangat kisah love story.

Tapi asbab Rani Manicka, den pejamkan mata dan beli buku ni.

Rani Manicka merupakan pengarang buku The Rice Mother, antara buku best yang den pernah baca dan den dah ulang baca beberapa kali.
The Japanese Lover mengisahkan tentang Parvathi yang tinggal di North Ceylon berkahwin dengan Kasu Marimuthu yang merupakan duda kaya kayak di Malaysia melalui arranged marriage yang loveless akibat Kasu Marimuthu rasa dia tertipu sebab bapa Parvathi mengatakan Parvathi memang chantek gila.

Macam-macam la berlaku dalam perkahwinan diaorang termasuk Kasu ada love child dengan seorang penari yang membunuh diri dan menyebabkan Parvathi mengambil budak perempuan tuh sebagai anak angkat sebelum dia melahirkan seorang anak lelakinya Kuberan yang ala-ala menjadi tuan kepada parents dia.

Selepas suami dia meninggal pada tahun Jepun menjajah Malaya, Parvathi bercinta dengan seorang Jepun yang mana depa masing-masing jatuh cinta sehinggalah General tuh balik ke Jepun selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua dan berjanji nak jumpa semula di stesen keretapi Kuala Lumpur selepas Malaya merdeka.

Penuh cerita adat dan budaya orang Hindu termasuk kisah lagenda dan mistik.

Ada diselit sedikit cerita tentang peristiwa 13 Mei 1969, merdeka pada 31 Ogos 1957, Hindraf, etc.

Perincian di dalam buku The Japanese Lover nih memang trademark Rani Manicka yang menyebabkan kita tuh boleh terbayang-bayang atau berangan apa yang diceritakan tuh. Serious macam kita masuk dalam buku dan berada bersama-sama Parvathi setiap kali dia melangkah masuk ke dalam hutan, kemewahan rumah agam Kasu Marimuthu, etc.

Cumanya kalau korang dah pernah baca buku The Rice Mother, korang akan terasa macam buku The Japanese Lover ni best tapi apa yang kureng ye camtuh la (at least untuk den la).

Pada den, The Japanese Lover is a great book tapi The Rice Mother is the best yet from Rani Manicka.

0 Comments