Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ni, den nak sharekan tentang peluang korang nak berwakaf di bulan yang mulia ni.

Korang boleh berwakaf bagi dana pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor untuk diri sendiri atau bagi pihak ibu bapa yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Syarikat Perniagaan dan Badan Korporat pun boleh berwakaf bagi dana ni ye.

Jawatankuasa Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja memaklumkan bahawa sebanyak 2000 unit wakaf telah dibuka sepanjang 30 hari bagi Ramadhan1440H.

Nilai 1 Unit Wakaf = keluasan 1 Kaki Persegi = RM 250.
Cara-cara nak berwakaf walaupun kita berada di mana pun adalah:

1. Download borang akuan wakaf dan isi borang tersebut. Borang boleh didapati di FB Masjid Bandar Bukit Raja: Dana Wakaf Pembinaan Masjid atau download je daripada gambar yang den letakkan di blog ni k (borang yang sama sebab den pun download daripada FB depa).
2. Kalau kita buat wakaf bagi pihak ibu bapa, adik beradik, etc samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia, kita isi nama mereka di bahagian Nama Wakil/Almarhum/Almarhumah macam kat bawah ni k. Kalau kita wakafkan bagi arwah ibu atau saudara perempuan, kita bulatkan yang Almarhumah tuh ye.
3. Nama Wakif (Pewakaf) adalah nama kita yang berurusan untuk wakaf tersebut k.

4. Alamat surat menyurat tuh kena isi ye sebab depa nak pos resit wakaf nanti.

5. Untuk bahagian Tunai/No.Cek tuh korang boleh tuliskan nombor rujukan resit transfer duit secara online tuh k.

6 Korang transferkan nilai wakaf yang korang dah putuskan (1 unit = RM 250). So kalau wakaf 4 unit, korang transferkan RM1000 ye ke dalam salah satu akaun Jawatankuasa Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja samada:

Maybank: 562843507019

CIMB Bank: 8600921727

Public Bank: 12010010093401

7. Lepas tuh korang whatsappkan borang akuan wakaf dan slip bank transfer kepada mana-mana AJK di bawah nih ye:

En Nazri: 012-3757766

En Halim: 013-2089896

Pn Hajah Mahani: 019-3280369

Pn Zaliha: 011-11295730

Kalau korang nak maklumat lanjut tentang Dana Wakaf Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja, korang boleh hubungi mana-mana AJK kat atas tuh ye atau layari:
Setakat pagi semalam, tinggal 1901 unit wakaf lagi yang available.
Jom kita sama-sama berwakaf bagi dana pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja ni paling kurang 1 unit = RM 250. In sya Allah. 

0 Comments