Resepi Biskut Florentine @ Crunch Caramel Almond Cookies Terpaling Sempoi, Nipis, Comel dan Tak Melekat Menggunakan Paper Cup dan Plastic Cup Versi 2019

15:32
Tajuk kalau tak dramatik dan panjang berjela memang tak sah kan heheheheehe.

Den dah pernah share resepi Biskut Florentine pada tahun 2018 di SINI yang merupakan post yang paling tertinggi dilihat di blog den.

Disebabkan sehingga hari ini den masih terima pelbagai soalan tentang resepi den tuh, den sharekan lagi sekali resepi tuh dengan maklumat tambahan dan penjelasan yang den harapkan terperinci untuk menjawab kepada beberapa soalan pada post tahun 2018 tuh.
Bahan-bahan A (Bahan Asas)

500 g tepung Florentine (1 pack yang memang dah tersedia dijual di kedai)

250 g kepingan badam (almond flake) 

250 g kuaci

250 g biji labu

Almond flake, kuaci dan biji labu memang dah siap packing berat macam ni di kedai bakeri.

Nih je bahan basic dia k. 

Lagi satu bahan basic adalah bijan hitam. Nih kalau korang bubuh jangan banyak sangat. Dalam 50 gram udah la. Den memang tak letak bijan hitam sebab macam malas plak rasanya heheheheehe.

Kalau korang dah ada basic nih dah memang boleh buat dah biskut Florentine ni k.

Kalau ikut resepi pada bungkusan tepung tuh, katanya nisbah adunan adalah 500 gram tepung : 1000 gram kekacang tapi den rasa bahan nih atas kita la. Kalau kita nak kacang banyak, bubuh aje la sebeban. Kalau tak nak kacang banyak, bubuh je la sikit je camtuh je la. Tapi yang paling okay bersederhana aje la ye.

Bahan-bahan B

1. Paper cup muffin/cupcake kertas. Nih saiz sederhana.Den beli di Bake With Yen 50 pieces RM 2.70. Den beli di Whisk 50 pieces RM 3.70. 
Macam-macam corak ada sebab paper cup nih ada yang tahun lepas punya heheheheheh
2. Plastic cupcake cup. Nih saiz kecil. Den beli di Whisk 100 pieces RM 9.90.
Ada je yang saiz sederhana besar sama macam cup kertas tuh tapi tergedik plak pergi ambil saiz plastic cup yang paling comel
Den beli dua spesies acuan yang berbeza sebab nak tengok beza mana yang lebih senang nak ketuk keluar biskutnya nanti. 

3. Loyang atau bekas buat doh pizza yang berlubang-lubang tuh. Mana-mana pun boleh asal muat dalam oven kita k.

Cara Memasak

1. Hancurkan dulu walnut, gajus, almond whole, pecan etc spesies kekacang yang korang beli dalam bentuk gedabak kalau ada supaya kekacang tambahan ni mesra nak dibakar bersama dengan bahan lain k.

2. Gaul semua kekacang + kuaci + biji labu (den panggil campuran di dalam ayat seterusnya ye) supaya serasi bersama di atas loyang atau bekas untuk buat doh pizza yang berlubang-lubang tuh. 
Nih sedang elok untuk 1 bungkus tepung k
Nih untuk 1.5 atau 2 bungkus tepung
3. Bakar semua campuran ni pada suhu 160C selama 5 minit. Jangan terlebih bakar nanti campuran ni terlalu garing dah pahit plak nanti. Asal terasa semua campuran ni dah panas je dah okay dah tuh sebab nak pastikan dia bergaul sebati dengan tepung je nanti.

4. Keluar je campuran tuh dari oven, terus je gaul campuran tuh masa depa masih panas dengan tepung Florentine sehingga sebati. Tak perlu letak air ye.
Dinosaur whisperer nih la den punya penolong buat biskut Florentine ni
5. Susun cupcake kertas/cupcake plastik di atas loyang atau bekas untuk buat doh pizza yang berlubang-lubang tuh. Macam tahun lepas juga, takde ruang dalam lubang loyang kita letak atas loyang je pun okay aje.
Cup kertas saiz sederhana
Cup plastik saiz kecil
6. Masukkan satu sudu kecil penuh adunan dalam acuan cup kertas saiz sederhana dan ratakan atau

masukkan ¾ sudu kecil adunan dalam acuan cup plastic saiz kecil dan ratakan

Jangan menimbun sangat kalau nak biskut Florentine yang nipis.
Cup kertas saiz sederhana
Plastic cup saiz kecil
7. Bakar adunan dalam oven pada suhu 160C selama 10 - 15 minit bagi adunan dalam acuan cup kertas saiz sederhana atau 

bakar adunan dalam oven pada suhu 160C selama 7 - 10 minit bagi adunan dalam acuan cup plastik saiz kecil. Kalau guna cup plastik saiz sederhana mungkin masanya 10 - 15 minit.
Rajin-rajin la menjenguk adunan dalam oven selepas 7 - 10 minit ye kot oven kita tuh spesies yang cepat menghanguskan adunannya.

8. Bila dikeluarkan dari oven, biarkan dalam 3-5 minit supaya biskut Florentine sejuk. Nih penting untuk pastikan untuk senang nak ketuk keluar biskut tuh k. Kalau korang dengan biskut tuh dok berkeriuk lagi di dalam cupcake kertas lepas keluar dari oven, maknanya dia masih dok mengembang dan panas. Dah tak dengar bunyi dan sejuk baru ketuk keluar k.
Hasil dalam cup kertas saiz sederhana
Bila dah sejuk baru ketuk keluar k. Hasil dari plastic cup saiz kecil.
Den sharekan video sikit macam mana den ketuk keluar biskut dari cupcake kertas ni ye.

Kalau biskut korang payah nak diketuk keluar dari cupcake kertas tuh, den rasa samada korang ketuk masa masih panas atau cupcake kertas tuh dah terpleot. Tuh je la sebab yang den terfikir kalau payah nak ketuk keluar biskut daripada cupcake kertas tuh.

Den guna papercup/cupcake kertas tuh 10 kali bakar cuma bila dah kali ke 9 dan 10 tuh, ada dalam 20-30% biskut yang terlekat, payah sikit nak diketuk keluar.

Den cuba juga guna cupcake plastic

Biskut lebih senang keluar dari acuan cupcake plastic kalau nak dibandingkan dengan papercup/cupcake kertas.

Tak perlu sapu apa-apa atas biskut Florentine tuh sebab dia memang dah sedia akan berkilat jadinya nanti ye.

9. Boleh terus simpan semua biskut Florentine yang dah siap dalam bekas k.
Biskut Florentine guna cupcake kertas saiz sederhana.
Biskut Florentine guna plastic cup saiz kecil
Biskut Florentine Versi Den bagi 2019

Disebabkan den berulang alik ke Kedai Bake With Yen dan Whisk dalam 4 kali sebab ada je la bahan yang terlupa beli bagai, makanya saja je la menggatal tengkuk pi tambah bahan ikut yang terjumpa dan tergerak kat hati setiap kali pergi ke kedai tuh.

Den buat 6 jenis adunan biskut Florentine kali ni:

1. Bahan asas + almond whole (yang dihancurkan. Nih kisah takde kerja cari kerja gitu). 

2. Bahan asas + almond whole dihancurkan + oats. Ada hari tuh pernah makan biskut Florentine yang orang bubuh oats.

3. Bahan asas + almond whole dihancurkan + kismis sebab ada banyak plak kismis yang termakan kat rumah. Sebelum kismis tuh terpleot, den masukkan je la sekali dalam adunan.

4. Bahan asas + almond whole dihancurkan + kismis + oats.

5. Bahan asas + almond whole + walnut + pecan (semua kekacang ni dihancurkan). Masa last trip ke kedai Whisk tuh, terjumpa plak 2 jenis kacang ni. Makanya moh kita bubuh semua kacang yang dok ada gitu temanya.

6. Bahan asas + almond whole + walnut + pecan (semua kekacang ni dihancurkan) + oats.

Kalau korang nak guna walnut, pecan ke gajus ke semua boleh je asalkan kekacang k. Temanya adalah kekacang kering ye tak kira apa spesies pun.

Bagi almond whole den beli 500 g.

Bagi walnut dan pecan, den beli 100 gram setiap satu jenis.

Kalau korang nak tambah oats boleh je guna instant oats, rolled oats, organic oats dan apa spesies oats yang ada okay.

So biskut Florentine den kali ni ada extra almond la sebab pi menggatal tengkuk tambah almond whole tuh. Sebenarnya den ingatkan kacang yang berbeza, dah balik rumah baru macam tersedar ia adalah almond juga. Den memang blur macam ni. So dah beli kita bubuh je la dalam resepi sebab kalau disimpan harus la akan expired nanti sebab den buat biskut ni pun setahun sekali je ha hehhehehehe. 

Florentine Biscuit yang ada oats tuh takde beza sangat rasanya pun sebenarnya cuma mungkin lebih healthy la gamaknya ye.

Kali ni den buat biskut Florentine menggunakan:

1. 12 bungkus tepung Florentine (jenama Sebin, Bakerman dan Florentina semua ada). Den main sauk je apa jenama yang ada kat kedai Bake With Yen dan Whisk. Sebin RM 15.50, Bakerman RM 16.90 dan Florentina RM 17.80.

2. 1 kg biji kuaci (sunflower seeds) - RM 10.90

3. 1 kg biji labu - RM 22.90

4. 1.5 kg almond flake. 500 g RM 19.90 dan 250 g RM 10.50.

5. 500 g almond whole - RM 18.90.

6. 100 g walnut - RM 6.90.

7. 100 g pecan - RM 10.90.

8. 250 g rolled oats - RM 18.90.

9. Paper cup/cupcake kertas. Nih saiz sederhana. Den beli di Bake With Yen 50 pieces RM 2.70. Den beli di Whisk 50 pieces RM 3.70. 

10. Plastic cupcake cup. Nih saiz kecil. Den beli di Whisk 100 pieces RM 9.90. 

Den sarankan korang beli acuan cupcake saiz sederhana (tak kisah la kertas ke plastic) walaupun biskut Florentine saiz kecil lebih comel kejadiannya sebab penat nak memasukkan campuran dalam acuan kecil tuh. Acuan kecil lagi banyak kali nak sendukkan adunan masuk dalam acuan tuh.
Kiri: Biskut dari plastic cupcake kecil. Kanan: Biskut dari cupcake kertas sederhana.
Den takde sukat-sukat ke timbang ke apa. Setiap adunan den, den agak-agak je nak letak berapa kekacang asal semua bahan boleh habis elok dengan 12 bungkus tepung Florentine. 

Bila den bubuh oats, makanya kuantiti kekacang akan berkurang ikut agak-agak den je.

So disebabkan den main agak-agak je semua kekacang ni, ada adunan yang den dapat kekacang sikit, ada yang sederhana dan ada yang termelimpah ruah. Okay je semua rasanya cuma bagi den kalau dapat campuran sederhana tuh memang sedap je la kat mulut ni ha.

Hasil

Dengan semua bahan ni, den dapat 44 balang kecil biskut Florentine. Balang tuh ada yang harga 80 sen, 90 sen dan RM1.15.
Balang tutup merah tuh muat 50 - 55 keping biskut Florentine saiz sederhana guna acuan cupcake kertas.
Balang tutup clear tuh muat:

1. 45 - 50 keping biskut Florentine saiz sederhana guna acuan cupcake kertas; dan

2. 85 keping biskut Florentine saiz kecil guna acuan cupcake plastic.
Kiri biskut saiz sederhana. Kanan biskut saiz kecil.
Balang tutup gold tuh muat:

1. 85 keping biskut Florentine saiz kecil guna acuan cupcake plastic; dan

2. 50 - 55 keping biskut Florentine saiz sederhana guna acuan cupcake kertas.
Kiri biskut saiz sederhana. Kanan biskut saiz kecil.
4 hari juga la den nak settlekan semua ni. Pitam sungguh. Macam mana la nak menjual kononnya hehehehhee.

Harga pasaran di PKNS dalam untuk sebalang kecil dalam RM 18 - RM 25. Ada juga yang jual dalam peket yang mengandungi 3 keping biskut Florentine besar sikit daripada saiz biskut den yang sederhana tuh dengan harga RM1.50.

Disebabkan den buat banyak biskut Florentine kali ni, a few times anak-anak den tanya “mama nak jual ke biskut ni?” Hehehehehehe. Den tak jual pun semua ni. Nak bagi kat keluarga dan teman rapat je. 

So selamat mencuba resepi biskut Florentine nih ya. Kalau ada apa-apa soalan boleh je tanya di komen ye.

4 comments:

  1. waaah! complete resepi nih... best2 nih... geram je tengok biskut yang berbalang2 tu.... hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheheheh walaupun biskutnya sempoi tapi remeh nak membuatnya sebab ovennya comel naw.

      Delete
  2. mula2 buat biskut utk mkn sendiri. lama2 buleh buka bisness n jual on9 gitu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah Abam Kie. Doakan ye. Kot saya boleh bersara awal nanti:)

      Delete

Powered by Blogger.