5 Langkah Mudah Untuk Membersihkan Penghawa Dingin Dan Secara Tidak Langsung Dapat Menjimatkan Bil Elektrik Anda

10:09
Untuk memiliki sebuah sistem penghawa dingin bukanlah sesuatu yang murah. Harganya boleh mencecah lebih tinggi daripada sebiji telefon bimbit malah mungkin lebih mahal jika dibandingkan dengan barang keperluan atau kelengkapan penting lain dalam rumah kediaman.

Seperti kebanyakan peralatan atau mesin, untuk memastikan penghawa dingin anda berfungsi dengan baik dan cekap dalam tempoh yang lama buat seisi keluarga, sudah pasti tugas-tugas penyelengggaran terutamanya pencucian perlu dilakukan. Tugas penyelenggaraan tersebut tidaklah rumit, ianya boleh dilakukan dengan mudah secara D.I.Y

Ini bermakna anda tidak perlu melantik mana-mana kontraktor untuk melakukan tugas-tugas mencuci penghawa dingin yang boleh melibatkan kos perbelanjaan lebih RM 100 untuk satu unit. Ini juga bermakna, anda tidak perlu berhadapan dengan kerumitan untuk menjadualkan masa untuk kontraktor datang dan menunggu mereka melakukan kerja pencucian. 

Pastikan penghawa dingin anda sentiasa dalam keaadan bersih dan diselenggara secara rutin bagi mengatasi masalah kerosakan kronik yang memerlukan kos perbelanjaan lebih tinggi apabila rosak. Tidak tahu bagaimana mencuci penghawa dingin anda sendiri? 

Inilah 5 langkah mudah yang perlu dilakukan:

1. Pastikan sambungan kuasa telah diputuskan sepenuhnya.

2. Keluarkan penapis unit penghawa dingin dan cuci habuk yang melekat pada penapis. 

3. Sembur 3-IN-ONE®PROFESSIONAL AIR CONDITIONER CLEANER pada sirip penyejuk secara menegak dari arah kiri ke kanan. Pastikan semburan menutupi keseluruhan permukaan sirip. 


4. Biarkan agen pembersih menembusi sirip. Tunggu selama 10 minit kemudian pasang semula penapis unit.

5. Hidupkan penyaman udara selama sekurang-kurangnya 15 minit untuk memastikan mana-mana kotoran yang melekat keluar melalui hos saliran. 
ITU SAHAJA! Kaedah cuci yang tidak memerlukan anda melakukan bilasan. Ini disebabkan oleh 3-IN-ONE®PROFESSIONAL AIR CONDITIONER CLEANER merupakan agen mencuci berasaskan air yang boleh menguraikan gris, kotoran, kulat, dan lain-lain dari gegelung penyejuk penghawa dingin anda.


Penghawa dingin andaakan menjadi lebih cepat sejuk dan secara tidak langsung ia dapat menjimatkan kos penggunaan tenaga elektrik setelah pencucian dilakukan. Ini juga bermakna penghawa dingin anda dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan hasilnya ia membantu mengurangkan impak terhadap persekitaran.

Apa yang lebih menarik dan terbaik? Anda dapat menikmati udara yang lebih segar dan bersih dari penghawa dingin. 

Hanya 20 minit sahaja perlu diperuntukkan bagi setiap tiga ke sembilan bulan untuk melakukan pencucian. Segalanya bergantung kepada kekerapan dan cara penggunaan yang dicadangkan oleh pembekal penghawa dingin. Selain itu, ia juga mengambil kira factor kebersihan dan kualiti persekitaran.

Jangan tunggu sampai penghawa dingin anda mula menyemburkan udara panas dan tidak berfungsi secara cekap baru anda ingin memulakan langkah D.I.Y yang mudah ini.
Untuk lebih banyak idea dan tip bagaimana untuk mempertingkatkan kualiti penyelenggaraan di kediaman anda dengan produk yang tepat, jangan lupa layari http://wd40.asia. Di samping itu juga, WD-40® turut membariskan produk 3-IN-ONE® untuk tugas-tugas penyelengaraan lebih berat yang juga sentiasa menjadi pilihan penggiat industri profesional. (Syarikat WD-40 memulakan perniagaan 3-IN-ONE®Oil pada tahun 1995).

2 comments:

  1. bil api tinggi tiap2 bln gara2 memakai dua biji aircond. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi aircond sekarang dah jadi keperluan sebab cuaca sekarang panas sangat kan

      Delete

Powered by Blogger.