Sesi meet and greet bersama up and coming band, Toko Kilat yang sebelum ni selesa sebagai underground or indie band yang terdiri daripada 5 orang jejaka menyaksikan pelancaran Pemacu Api Tour 2019 featuring Toko Kilat dan Noh Salleh yang akan diadakan di tiga tempat telah berlangsung di The Gasket Alley.
Pemacu Api Tour 2019 featuring Toko Kilat dan Noh Salleh dipersembahkan oleh DISQOVR bertujuan untuk turun padang bersama-sama merapati para peminat industri muzik seni tanah air dalam satu rangka jelajah.

Band yang membawa genre lagu pro-rock & roll ini memilih tema Pemacu Api untuk tour mereka sesuai dengan maksud Pemacu Api sendiri iaitu Fire Starter dengan harapan mencetus fenomena baru untuk arena muzik Malaysia.

Pemacu Api Tour 2019 featuring Toko Kilat dan Noh Salleh akan diadakan pada:

17 Ogos 2019 - Loft 29 , Georgetown, Pulau Pinang.

24 Ogos 2019 - Sunway Iskandar, Nusajaya, Johor Bahru.

14 September 2019 - The Gasket Alley, Petaling Jaya, Selangor.

Masa: 6.00 petang - 11.55 malam.

Harga Tiket:

Early Bird = RM 30 (tiket masuk + keychain + sticker pack + poster)

Pre-Sale = RM 40 (tiket masuk + keychain + sticker pack + poster)

Pintu Masuk = RM 50 (tiket masuk)

So korang boleh dapatkan tiket Pemacu Api Tour 2019, sebarang info tentang tour, etc di www.tokokilatband.com

Pemacu Api Tour 2019 ditaja oleh The Gasket Alley, Fred Perry, Wardrobe dan Monster Energy.

Toko Kilat yang dianggotai oleh Edwin Raj (vocal), Irfan Iskandar atau Cipan (drum), Mohamed Redzuan atau Wan (bass), Noor Azhari atau Toya (gitar) dan Syaiful Taufek atau Paul (keyboard) menjanjikan persembahan terbaik di dalam tiga konsert tersebut yang pastinya akan meninggalkan kenangan manis kepada para peminat mereka.
Menurut Edwin selaku vokalis Toko Kilat, setelah 2 tahun muncul dengan album studio dan tidak melakukan persembahan atau gig, mereka kini tampil dengan album perdana yang diadun di Abbey Road, UK dan Sterling Sound, Amerika Syarikat serta memperkenalkan single Ratu Malam bersama muzik video.

Edwin juga memaklumkan misi dan visi Toko Kilat adalah untuk muncul dengan most anticipated album tour of the year yang diberi judul Pemacu Api Tour 2019 buat para peminat yang telah lama menantikan album penuh Toko Kilat.

Rilisan kaset pertama Toko Kilat mendapatkan sambutan hangat sehingga habis terjual dan ini menambahkan keyakinan mereka untuk mengeluarkan lebih banyak produk fizikal untuk dikongsi bersama peminat di dalam siri jelajah nanti.

Setiap persembahan akan disajikan dengan sistem bunyi dan pencahayaan spectacular untuk para peminat bersama-sama merasai pengalaman Toko Kilat menyiapkan album sulung mereka.
Noh Salleh akan turut serta dalam siri jelajah ini dalam sesi akustik yang digarap khas bagi persembahannya di daalm Pemacu Api Tour 2019 di samping mempromosikan hits terbarunya iaitu Debu Bercahaya.
Untuk segala maklumat dan perkembangan terkini Toko Kilat, peminat boleh melayari:



Lagu-lagu Toko Kilat boleh didapati di Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX dan Deezer.

So peminat Toko Kilat dan Noh Salleh, jangan lupa dapatkan tiket bagi menyaksikan persembahan depa di Pemacu Api Tour 2019 k.

0 Comments