Polisi

17:08
BAGAIMANA MEMBUAT PESANAN PEMBELIAN

Pembeli boleh membuat pesanan pembelian melalui:

1. Whatsapp atau sms 013-2332254;
2. PM di fanpage DinoHauz; atau
3. PM di facebook Bidasari binti Bahashim.

Sila nyatakan dengan jelas maklumat berikut:

1. Kod barang yang hendak dibeli;
2. Saiz barang yang hendak dibeli;
3. Kaedah pembayaran samada melalui maybank2u atau cimb click atas nama Bidasari Bahashim;
4. Bukti pembayaran diemailkan kepada dinohauz@gmail.com;
5. Alamat lengkap untuk barangan tersebut dihantar/dipos.

HARGA DAN BAYARAN

Semua harga adalah di dalam Ringgit Malaysia (MYR) dan boleh berubah tanpa notis. Buat masa ini kami hanya menerima bayaran daripada Maybank2u dan CimbClicks.

KEPUASAN PELANGGAN

Kami di DinoHauz akan cuba sedaya upaya untuk memastikan kepuasan pelanggan dipenuhi dan diutamakan. Kami berharap dapat memberi perkhidmatan yang terbaik dengan pembeli.

PENGHANTARAN ATAU PENGEPOSAN

Kami menggunakan Pos Laju bagi perkhidmatan penghantaran/pengeposan barang-barang jualan kami.

PENGHANTARAN ATAU PENGEPOSAN DALAM MALAYSIA

Semua pesanan di dalam Semenanjung Malaysia, Sabah and Sarawak dihantar/dipos menggunakan PosLaju. Poslaju adalah perkhidmatan penghantaran cepat Malaysia yang menghantar barang dalam tempoh 2 -5 hari bekerja.

Tracking numbers akan diberikan kepada pembeli selepas kami menghantar/mengepos bungkusan barangan pembeli.

Setiap barang dikenakan caj berdasarkan berat bungkusan barangan tersebut.

Tandatangan diperlukan apabila bungkusan barangan diterima.

TEMPOH PENGHANTARAN DALAM MALAYSIA (SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK)

PESANAN DIBUAT
PENGHANTARAN / PENGEPOSAN
MASA BARANG SAMPAI KEPADA PEMBELI
Isnin - Jumaat, sebelum 6 petang
Anggaran tempoh penghantaran 1-5 hari bekerja atau 7-14 hari bekerja bermula dari tarikh hari pesanan dibuat.
#Pesanan anda akan sampai kepada anda di antara hari Isnin - Jumaat.
Isnin - Jumaat, selepas 6 petang
Anggaran tempoh penghantaran 1-5 hari bekerja atau 7-14 hari bekerja bermula dari sehari selepas tarikh hari pesanan dibuat.
#Pesanan anda akan sampai kepada anda di antara hari Isnin - Jumaat.
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Selangor dan Malaysia
Anggaran tempoh penghantaran 1-5 hari bekerja atau 7-14 hari bekerja bermula dari hari bekerja selepas tarikh hari pesanan dibuat.
#Pesanan anda akan sampai kepada anda di antara hari Isnin - Jumaat.

PEMULANGAN DAN PERTUKARAN BARANG

Sekiranya pembeli menerima barang yang rosak atau terkoyak, pembeli boleh memulangkan barang tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari barang tersebut diterima kepada kami untuk mendapatkan kembali jumlah wang bagi barang yang telah dibayar (tidak termasuk kos penghantaran/pengeposan). Barang mestilah dipulangkan dalam keadaan barang tersebut diterima oleh pelanggan (tag masih ada pada barangan dan dalam bungkusan asal). Barangan hendaklah tidak termasuk di dalam kategori barangan yang tidak boleh dipulangkan kembali atau ditukarkan atau dipulangkan kembali wangnya.

Kos yang dipulangkan kembali hanyalah ke atas barangan yang dibeli.

Kos penghantaran/pengeposan dan caj perkhidmatan adalah tidak boleh dipulangkan (nonrefundable).

Kos penghantaran/pengeposan bagi pemulangan semula barangan yang telah dibeli adalah ditanggung oleh pembeli sendiri.

Checklist Pemulangan Barang

1. Adakah barang tersebut masih di dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh diterima?
2. Adakah tag masih terlekat pada barangan tersebut?
3. Adakah barang dalam keadaan asal semasa barang diterima oleh pembeli?
4. Adakah barang di dalam bungkusan asal semasa diterima seperti kotak kasut?

TEMPOH MASA PEMULANGAN SEMULA DUIT

Pemulangan semula duit akan dibuat dalam tempoh 3 hari bekerja selepas barang diterima oleh penjual melalui pemindahan bank.

Silakan kemukakan maklumat lengkap untuk pemulangan duit melalui pindahan bank:

1. Nama penuh
2. Nama bank
3. Nombor akaun
4. Email
5. Nombor telefon untuk dihubungi

Pemindahan wang melalui bank : sehingga 3 hari bekerja

BOLEH ATAU TIDAK SAYA BUAT PERUBAHAN ATAU MEMBATALKAN PEMBELIAN/TEMPAHAN SAYA?

Bagi memastikan semua pelanggan menerima barangan yang telah ditempah/dibeli di dalam masa yang telah ditetapkan, sebarang perubahan tau pembatalan pembelian/tempahan adalah tidak dibenarkan.

TRACKING NUMBER MENGATAKAN BAHAWA BARANGAN SAYA TELAH DIHANTAR TETAPI SAYA MASIH BELUM MENERIMANYA. APA PERLU SAYA BUAT? 

Sila berhubung dengan syarikat pengeposan (shipping carrier) dengan segera. Sila sediakan tracking number sebagai rujukan. Nombor PosLaju: 1-300-300-300 (tempatan).

WARNA

Kami cuba sedaya upaya untuk menunjukkan warna barangan setepat yang mungkin. Walau bagaimanapun, warna yang dipaparkan mungkin berbeza berdasarkan monitor yang anda lihat.

BARANG YANG TIDAK BOLEH DIPULANGKAN SEMULA (NON-REFUNDABLE ITEMS)

Sila ambil maklum bahawa disebabkan perkara berkaitan kebersihan (hygiene concerns) dan penghabisan stok, beberapa barang adalah tidak boleh dipulangkan (non-returnable), dipulangkan semula duit (non-refundable) atau ditukarkan (non-exchangeable):

1. Barangan penghabisan stok
2. Sapu tangan
3. Tuala
4. Stokin
5. Pakaian mandi (swim trunks and swimwear - bikini bottoms, bikini sets and 1-piece suits)

HUBUNGI KAMI

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di 013-2332254 atau email kami di dinohauz@gmail.com.

No comments:

Powered by Blogger.