Lepas check out dari Remember Hotel, kitaorang ke sini sebelum meneruskan perjalanan balik ke Shah Alam dan menamatkan short getaway di bulan posa tuh.
 
Taman permainan biasa yang sangat luas kat sini.
Yang terbuat den nak terdatang sini sebab dikatakan ada replika dinosaurs kat taman nih @ taman nih berkonsepkan dinosaurs gittew. Seperti biasa, bila ada je tempat @ program yang ada dinosaurs, selalunya den akan terkinja-kinja nak pergi sebab si F memang peminat tegar dinosaurs. Saja nak menggembirakan hati anak-anak.

Masa kitaorang pergi ada 2 ekor dinosaur je iaitu T-rex & Triceratops. Tatau la kalo memang 2 ekor dinosaurs tuh je yang ada selama nih pun @ ada dinosaurs di kawasan yang kitaorang tak terlawat @ ada dinosaurs yang telah termusnah due to vandalism, etc.
Triceratops
TRex
Budak-budak nih gumbira je la dapat bergambo dengan 2 ekor dinosaurs tuh. Budak-budak nih sangat mudah nak digembirakan hatinya kan.
Sampai sekarang masih minat sesangat kat dinosaurs
Taman permainan dia ada tema dinosaurs dekat gelongsor, etc. Ada beberapa tempat permainan sebab kawasan nih luas.

Ada trek jogging, peralatan untuk simple exercise, ada pentas kecik (sesuai untuk berzumba @ buat simple event kot), etc. 
Kawasan nih serious luas. Kalo menapak ke keseluruhan kawasan, in sya Allah memang akan berpeluh-peluh ketiak. Ada jugak kerja-kerja penambahbaikan sedang dibuat kat sini.

Ada boards yang bagi info tempat menarik, hotels, tempat makan, etc di Batu Pahat.
Tempat nih menarik untuk den yang ada anak kecik sebab depa boleh bergelinjangan di taman permainan nih dengan agak lama sebab tamannya besar. Bonus adalah 2 ekor dinosaurs tuh.

0 Comments