Ha….tajuk yang panjang berjela di atas tuh dah merangkumi semua maklumat yang diperlukan bagi ulat-ulat buku untuk mencari novel@buku cerita, alat tulis dan permainan yang memang diskaunnya sangat menarik iaitu dari 50%, 70% dan 90%.

Bagi peminat novel fiction macam den nih, memang la sangat teruja bila banyak novel dijual dengan harga RM 5 sebuah. 

Di Facebook MPH Clicks tengah diberikan arah jalan berpandukan waze untuk ke sini di https://waze.com/ul/hw2838cbye

Disebabkan ianya jualan gudang di kawasan gudang lama, maka suasananya memang agak panas dan sempit sikit, jadinya kalau bawa budak-budak tuh memang akan berlengas-lengas dan kurang selesa sedikit.

Kecil je kawasan gudang yang digunakan untuk jualan novel@buku cerita, alat tulis dan permainan sebab ianya hanya melibatkan barangan bagi jualan penghabisan stok. So novel@buku cerita, alat tulis dan permainan yang terlibat memang la tidak sebanyak mana tapi masih berbaloi untuk dibeli terutamanya bagi ulat buku macam den nih ha.

80% novel@buku cerita yang ada di sini adalah untuk bacaan dewasa dan remaja, buku kanak-kanak ada lebih kurang 10% dan 10% lagi adalah di dalam kategori kraf, self help, sejarah, ekonomi, hiasan, etc.
Amy Tan...antara author yang den suka baca bukunya tapi buku Saving Fish From Drowning nih den dah ada
Inferno RM 5? Berbaloi sangat. Dulu den beli buku nih RM 32
Cerita fantasy camni den tak berani beli sebab den masih terkenang hazab gila den nak habiskan membaca buku The Hobbit beberapa tahun lepas

Den sampai sini dalam pukul 5 petang. So sempat meronda sekupang dua je di sini dalam 1 jam.

Dalam tak cukup masa nak tengok semua buku dengan bersungguh-sungguh dengan jayanya, sempat juga la den rembat 20 buah buku di mana 16 buah buku den dan 4 buah buku untuk kiddos. Berbaloi sangat den bayar RM 106.70 untuk 20 buah buku nih (sebuah buku jatuh harga RM 5.33). Berbaloi sangat kan?

Buku yang dilonggok-longgok di kawasan diskaun 90% tuh den memang sempat tengok sepintas lalu je dengan masa yang terhad sebab semua bukunya disusun secara menegak, so tak nampak tajuk setiap buku tuh. Ikutkan hati den nih, nak je belek satu-satu buku untuk cari buku yang den berkenan tapi disebabkan masa mengizinkan, den redho je la.
Susunan buku camnih yang memerlukan masa dan kesabaran untuk kita belek satu demi satu

Terjumpa buku nih . Ingatkan memang nak beli dah sebab dasar mata duitan. Sekali tulisan cina.
Ingat memang nak ambil buku nih tapi mengenangkan den baca buku Dunia Tanpa Tembok pun merangkak-rangkak, terpaksalah den lupakan hasrat untuk beli buku ni
Sebenarnya den nak beli buku The Casual Vacancy oleh JK Rowling (pengarang buku-buku Harry Potter) tapi dah sold out huhuhuhuhuhu.

Buku kanak-kanak pun banyak yang best tapi tak sempat nak belek semua.

Alat tulis yang ada macam warna, pensel, beg, kotak pensel, fail, etc banyak juga yang menarik tapi memang tak sempat nak tengok langsung. Lagipun den memang tak target nak beli alat tulis pun.
Surau dan toilet disediakan di jualan gudang ini
Last set yang ada petang tadi. RM 250++ lepas discount 30%. Hati terkinja-kinja nak ambil tapi trauma membaca buku Hobbit masih terngiang-ngiang di hati. Lalu kupendam rasa hati untuk memiliki set ini.
Ada sedikit buku melayu
Eh Buku Terlajak Laris pun ada?

Bayaran boleh dibuat secara tunai atau kad kredit.

Make sure datang awal supaya dapat belek lebih banyak buku.

Serious berbaloi-baloi membeli belah buku di sini.

Ada lebih kurang 1 minggu lagi untuk membeli buku di sini sebab tarikh akhir jualan adalah 4 Februari 2018.

#Entah bila la nak baca buku-buku nih semua kan? Hehehhehehe.
Kotak-kotak disediakan untuk kita letakkan buku yang telah dipilih. Kalau beli buku banyak macam den, depa bagi terus kotak nih untuk isi buku yang telah dibeli.
My catch of the day yang tak sempat dipunggah lagi. Will update later buku apa yang dibeli k

0 Comments