Dah lama sebenarnya den nak kongsikan tentang sebuah café yang baru mula beroperasi pada Ogos 2017 yang terletak di dalam compound Apartment Suri Puteri, Seksyen 20, Shah Alam nih tapi tak tersempat-sempat.

Sesiapa yang pernah makan Nasi Lemak Pak Ayob di Seksyen 20 tuh, café Lepaq Place nih terletak di dalam apartment berhadapan dengan kedai Nasi Lemak Pak Ayob tuh ye.

Kat Lepaq Place nih ada pelbagai menu. Ada lauk-pauk, makanan orang putih, goreng-goreng, kek, brownies dan pelbagai jenis minuman ala hipster untuk den hehhehehehe. Ada menu yang memang sentiasa ada dan ada juga menu yang berubah setiap hari.

Untuk den yang tekak orang kampung nih, den memang suka lauk pauk la. Masak lemak cili api nya memang terpaling meletops. 

#Gambar yang gegak gempita tuh of course la diambil dari FB Lepaq Place dengan izin.

So untuk tengok dengan lebih terperinci apa menu yang disajikan pada setiap hari, bolehlah tengok FB Lepaq Place atau boleh juga whatsapp tauke café iaitu Puan Noris yang kecil molek orangnya 012-6451330.

Den paling suka suasana café nih yang ringkas dan cozy. Memang sesuai sangat untuk lepak buat kerja, berehat-rehat sambil bergosipan, etc. Nak buat small gathering atau celebration pun boleh. Ada pula disediakan beberapa novel kat sini, memang kena la dengan jiwa si ulat buku yang nak membaca sambil meneguk mocha ke espresso ke.

CafĂ© ini juga menyediakan wifi percuma. 

Operasi Lepaq Place adalah pada setiap hari kecuali Rabu bermula dari 10 pagi hingga ke 10 malam.

Disebabkan Lepaq Place terletak di dalam compound apartment, makanya untuk masuk ke sini, kena la daftar dulu kat pak guard kat pintu depan tuh ye. Dari pintu depan ke café nih tak sampai 2 minit pun berjalan.

So kalau tersinggah ke Shah Alam, jangan lupa pertimbangkan untuk makan di Lepaq Place nih ye.

#bila la agaknya Lepaq Place nih nak sediakan menu lempeng atau ubi kayu rebus untuk dimakan bersama sambal, ikan masin, kelapa, etc.

0 Comments