DEmpangan Restaurant, Putrajaya

Cuti panjang sempena raya cina baru-baru ni kitaorang ke Putrajaya selama 3 hari 2 malam hhehehehe. Percutian yang tak sampai 1 jam perjalanan dari Shah Alam. Boleh la tuh kan daripada tak ke mana-mana langsung.

Bila umur-umur macam ni rasa nak tidoq mereloh kat rumah je sebenonya tapi disebabkan kesian kat budak-budak terperuk tak ke mana den dan gagahkan juga la bawa budak-budak pergi berjimba.

Nak pergi jauh-jauh kemalasan melanda, makanya kita ke Putrajaya dengan harapan nak jalan-jalan tengok lampu di waktu malam di Putrajaya.

#perangai tengok lampu ni bermula sejak den belajar kat UKM 20 tahun dulu (bapak gila lama…nampak sangat den dah tua gayut). Asal boring je belajar, naik motor dengan member ronda-ronda tengok lampu padahal kat Bandar Baru Bangi je pun. Paling kuat tengok la lampu kat Kajang hehehehheehe. The good old days.

Sesampai je kitaorang di Putrajaya (macam kan jauh beno perjalanan yek), terus je kitaorang lunch dulu di DEmpangan Putrajaya.

Den dah tiga, empat kali makan di sini. Setakat yang den pernah lunch dan dinner kat sini, makanannya in sya Allah memang ada rasa. Nak nak plak di kala perut dok berkeroncong, memang akan terasa sangat sedap masakan di sini walaupun harga makanan kat sini agak boleh tahan.

Kita boleh menjamu mata dengan pemandangan cantik di sekitar DEmpangan Restaurant ni sambil menikmati makanan.

Disebabkan kalut dengan kiddos, tidak la sempat den mengambil gambar makanan barang sekeping pun huhuhuhuhu. Makanya disebabkan den tak sempat nak ambil gambar makanan, den share je la gambar pemandangan di kawasan DEmpangan ni ye.
Di samping makanan yang pelbagai dan sedap serta pemandangan yang cantik kat sini, ada juga disediakan dua taman permainan kat sini. So kalau kita datang untuk early dinner atau di kala waktu redup, makanya dapat la anak-anak berlari riang dan bermain kat sini sementara nak tunggu makanan siap.
Masa kitaorang singgah sekejap kat taman ni selepas lunch tuh, ada orang yang buat hari keluarga, ada yang sedang berphotoshoot dan ada yang bawa anak-anak bermain taman.

Kalau tersinggah di Putrajaya boleh cuba makanan di DEmpangan ni yang menyediakan makanan sedap di dalam suasana yang cozy with breathtaking view.

2 comments:

  1. hari tu gi Putrajaya gak. Anak2 nak mandi kolam di Presint 16. Malamnya tenngok lampu di dataran putra.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hajat di hati memang nak berjalan-jalan waktu malam tengok lampu di Putrajaya tapi tuh la end up tidoq mereloh plak dalam bilik hotel tuh huhuhu

      Delete

Powered by Blogger.