Hotel ni den pilih sebagai hotel kedua bagi penginapan kitaorang sekeluarga di dalam sesi berjimbaan di Putrajaya kerana ianya menawarkan harga terendah dengan kemudahan pool dan free two breakfast. Hotel-hotel lain kat Putrajaya ni bapak mahal rasa nak tercekik menengok harganya.

Mula-mula sampai macam ada sedikit kecewa sebab hotel ni dikelilingi oleh bangunan Kerajaan. Dah Presint 3 kan memang penuh la gomen building. Bukannya apa, den kan memang keje gomen, so macam tak feel la kalau pergi bercuti di hotel yang dikelilingi bangunan Kerajaan hehehehehe.

Tempat meletak kenderaan di hotel ni agak spooky sebab macam tidak tersusun, ada tempat letak barang, etc tetapi bilik hotel dan swimming pool adalah sangat awesome. Kalau nak dibandingkan dengan Everly Hotel, bilik dan pool Dorsett Hotel adalah lebih best dan wow (ikut pendapat den je la ye).

Walaupun lobi dia comel lote je tapi lampu kat lobi ni cantik sangat untuk den. Den ni memang mudah nak digembirakan. Dapat tengok lampu chandelier cantik pun dah teruja.
Biliknya bapak luas. Den rasa boleh muat lagi 2 katil single. Seronok budak-budak bergelinjangan.
Kemudahan semuanya tersedia macam hotel yang lain. Antara kita nak guna ke idok je la.
Bilik air pun molek sangat. Memang best sangat bersiram berlama-lamaan di dalam bilik air yang ohsem ni.
Den tak pernah pergi banyak hotel yang hebat-hebat tapi pool yang ada di Dorsett Hotel ni memang freaking fabulous. Dah la besar. Tempat duduk yang disediakan pun empuk dan banyak. Kalau masa lepak kat sini pakai topi besar tuh, memang dah macam Audrey Hepburn dah.
Bonus adalah view yang kita boleh tengok dari pool ni. Breathtaking view. Serious cantik banget.
Disebabkan anak-anak den memang akan terkinja-kinja nak melompat ke dalam pool selepas check in, makanya as usual kitaorang je la kat pool tuh di kala panas lit-lit membakar kulit. Sempat la den mengambil gambar sakan di sini sebelum penghuni lain joint mandi pool dalam pukul 5 lebih.

Den teman budak-budak mandi dari 3 pm sampai 7 pm sambil membaca buku. Itu je la keje den. Menjadi life guard kepada kiddos berjam-jam.
Buffet spread kat sini pun sangat happening. Dah ada pancake, ada lempeng lagi. Memang favourite den kedua-dua ni. Sekeping gambo pun den tak terambil kat sini sebab sakan sangat dok menjamu selera tanpa mengira kalori hehehehehehe. Antara breakfast buffet terbaik yang den pernah makan.

Di dalam Dorsett Hotel ni ada Suria Mall tapi tak sure kenapa tak banyak kedai yang buka kat sini. Serious macam hidup segan mati tak mau. Last year den pernah datang ke mall ni sebab ada jualan kasut sukan. Masa pergi tahun lepas dah nampak macam tak happening tapi datang kali ni, lagi suram sungguh. Restoran yang kitaorang makan last year tuh pun dah tutup. Yang ada lagi setakat ni Hero Supermarket, Restoran Jom Bali (kitaorang dinner kat sini je) dan beberapa kedai lain. Tak sure la kalau ramai yang tutup kedai due to CNY kan tapi serious mall ni sunyi sepi.

Padahal lokasi mall ni dekat je dengan pelbagai pejabat kerajaan ke kakitangan kerajaan yang ada kat sini tak suka shopping? Mall ni juga dalam satu bangunan dengan Dorsett Hotel. Sure banyak je program seminar, bengkel, etc yang dibuat di Dorsett Hotel ni. Pelik la juganya kenapa Suria Mall tak bersinar seperti sang suria.

Sepelaung dari hotel ni ada kawasan Putrajaya Food Trucks tapi disebabkan kitaorang tak larat nak berjalan, makanya takde la nak menyinggah ke sini.

Dorsett Hotel ni bagi den memang best sangat la untuk kiddos dan den sebab kolamnya besar, bilik pun selesa dan untuk den sebab breakfast spread dia pelbagai dan sedap hehehehehee.

Nanti nak menabung si biru (duit RM1) untuk menginap di Dorsett Subang pula sebab buffet spread dia lagi meletops (padan la kan dengan harga dia yang merabakkan poket tuh).

0 Comments